Showing posts with label churpchurp. Show all posts
Showing posts with label churpchurp. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Kad Raya: Nuffnang and ChurpChurp by shahroll

Saturday, August 18, 2012


As salam, hello readers...

Hari ini genap 29 Ramadhan kita berpuasa. Esok dah raya. Sekejap kan? Banyak dapat kad raya dari rakan-rakan korang? Walaupun sekarang zaman walling-walling kad raya di FB dan twitpic-twitpic di twitter, namun silaturrahim tetap terjalin walaupun caranya berbeza.

Aku dapat 2 kad raya dari company advertise dalam blog & twitter, Nuffnang ChurpChurp 




Setakat ini, hanya company Nuffnang yang hantar kad raya kepada komuniti blogging mereka. Lain-lain company yang selalu bagi kad raya cam tahun lepas, tak muncul tiba. Dorang dah berhentikan designer kad raya dorang kot? HUHU!

Kepada Nuffnang and team, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN andai sepanjang aku pergi ke event-event korang ada terbuat silap ke, terkasar bahasa ke ye? 0-0 taw? =D

Kad raya balasan aku kepada Nuffnang dan untuk korang yang sedang baca blog ni juga =)

I'm not good designer actually.. huhu! =_=!

enjoy!

Thursday, August 11, 2011

[money online] Laman sesawang Churp Churp semakin mesra pengguna by shahroll

Thursday, August 11, 2011

As salam and hello readers!

Bila kita berbicara mengenai laman web, pastinya semua orang mahukan laman web yang cantik, menarik dan memberikan kepuasan bukan saja kepada pemilik laman web tersebut, tapi lebih utama kepada para pelayar yang akan menatap laman web anda secara kerap.

Begitu juga dengan satu laman sesawang (web) dari Churp Churp. Mereka cukup pantas melakukan pengubahsuaian laman web mereka untuk memberi kepuasan yang maximum terhadap para twitterer/Facebooker mereka.

Patutlah 2 hari lepas aku tengok laman web dorang macam ada "coding error" je. Bila aku baca tweet dorang, OH! dalam proses nak buat kejutan. Dan ternyata, aku terkejut dengan keadaan itu.

Apa perubahan itu?

1) Ruang dashboard yang lebih kemas.
paparan papan pemuka yang menarik dan kemas. Ini yang penting. Bak kata orang putih, simple and sweet, gitu! Paparan tentang earning korang pun lebih cool.
Baru check tadi, dah boleh cashout, tapi pending dlu lah heheh~

2) Ruang earning yang jelas.
Kalau tak nampak boleh besarkan gambar ye. Bila korang nak check korang punya penjanaan wang dalam Churp Churp, korang boleh tengok dalam ruangan ini. Dalamnya, terdapat butiran tentang pengiklanan yang dah korang buat di Twitter mahupun di Facebook.

Bagi aku, ini sangat penting. Kerana dengan adanya butiran lengkap seperti ini, dia bagaikan macam report aliran tunai (cash-flow) yang dah masuk dalam akaun Churp Churp korang. So, tak ada lah sebarang isu timbul.
Banyak kan?...

3) Perkongsian Automatik (Auto Sharing)
Dan yang last ni, tak kurang pentingnya juga. Auto Share. Korang boleh set kat bahagian auto sharing di bawah tu untuk set masa dan kekerapan yang korang nak kongsi dalam Facebook atau Twitter. Aku tak buat setting ni lagi. aku lebih prefer guna manual, bila aku nak share, aku share lah. Kalau tak, dah macam SPAM dalam wall FB/Twitter korang! huhu~

Button-button yang ada di atasnya tu pula, medium mana yang korang nak share ads itu. Kalau ada akaun lebih dari Blogspot atau Wordpress macam Tumblr ke, boleh juga di kongsi. Aku jarang share ads dalam email.

Berminat menyertai keluarga BESAR CHURP CHURP? aku dah banyak kali post tentang entry Churp Churp dan aku tak pernah nak bosan promote sebab benda ni bukan SCAM ke hape, tak macam Login ape tu dapat RM100? OHMAI! karut ok, karut!


Jalan pantas untuk register akaun Churp Churp di SINI Bila korang dah baca, tapi still tak paham gak, boleh drop komen, aku cuba bantu korang. IKHLAS! tak payah bayar pun. =)

Enjoy! dan selamat berpuasa...

Monday, April 11, 2011

Jom menabung dengan Churp-Churp! by shahroll

Monday, April 11, 2011
Assalamualaikum wbt..


Kaedah menabung online! Aku ada post dulu pasal churp-churp nih kat link SINI dan masa tu baru ada dalam RM0.80! now, dah banyak juga, tapi korang kena sabar jugak untuk tengok earning nya naik! =D


berkat menabung online.. weee~

Untuk churp-churp nie, korang kena ada twitter dan juga facebook. 2 medium nie akan di link kan (Authorize) untuk korang advertisekan di dalam wall korang (fb) dan juga timeline korang (twitter) senang kan?


Nak join? jom ke SINI

Antara rules yang korang kena study skit...

Ok, kat sini aku panjang nak bebel. Korang baca info yang panjang kat atas tu, then korang kena tahu lah which one yang team churp-churp akan bagi korang assignment. Mean assignment kat sini RM lah (duit!). Yang "social sharing" tu pulak, based on bape ramai yang "klik" your ads tu. tapi untuk assignment, selalunya akan dapat dan ada kalanya tak dapat (based on what you compose lah..) kalau ikut dia punya kehendak twitt/compose, u will earn the money! =D

contoh ads yang korang boleh sharing lam wall/twitter

Kalau korang nak menabung dengan churp-churp ni, boleh ke link kat atas yang aku bagi tu, kalau tak klik je SINI. Jumpa korang kat community sana! stay tunez! =D As salam...

Monday, November 08, 2010

Mari bersama-sama saya menjadi sebahagian daripada keluarga Churp-Churp!! dari shahroll

Monday, November 08, 2010
Salam semua!! =)


(Pemulaan cerita)
Jangan betulkan URL anda. Sememangnya anda dah berada di zon yang betul (blog aku lah!) huhu~ pelik sikit eh? Penggunaan bahasa english dah tak ada? haha, semua nie gara-gara Ben Bradshaw yang aku tengok dalam Youtube semalam. Orang putih bercakap Melayu. 


Dan ada lagi mat salleh yang boleh berbahasa Melayu iaitu Belacan dan Paku. Mereka membuat aku kagum (bukan pelik), aku tabik spring dengan semangat yang ditunjukkan. Bukan aku terkejut, sebab dah ramai yang boleh bercakap Melayu, tetapi mereka kira dah lancar juga lah.


********************************
(Isi Utama)
Baiklah, hari ni, aku nak ceritakan kat kamu semua tentang ChurpChurp (CC). Apakah sebenarnya CC nie? Macam mana ianya berfungsi? Baik, mari sama-sama melihat slideshow yang telah dibuat oleh pihak CC.




Dah baca? Fahamkah? Baik, saya akan menjelaskan satu demi satu tentang slideshow diatas. Sebelum itu, ChurpChurp adalah dibawah pengurusan yang sama seperti Nuffnang, maknanya dibawah satu syarikat iaitu nomnom media sdn.bhd.

Kita pergi ke slide 2/10:-

2.Once upon a time, these were the most influential people around. Rockstar, President,Magazine Editor,Footballer. 

Bermaksud: (pengenalan cerita) Pada suatu masa, mereka adalah orang yang paling berpengaruh dengan orang disekeliling mereka. Mereka adalah Penyanyi Rock,President, Editor Majalah dan Pemain Bola.- Keyword: Pengaruh- Dengan adanya pengaruh yang ramai, senang untuk kamu memasarkan iklan untuk mereka (CC).

3.Thanks to social media, today you and I are all influencers ! Twitter, Facebook, Awesome Forum ,Cool Reviews.

bermaksud: Terima kasih kepada Media Sosial, kerana hari ini kamu dan saya adalah orang yang berpengaruh! Twitter, Facebook dan lain-lain medium.

4.BUT,How can our influence.What can I do with my influence? And,how do I get people to try my cookies?

bermaksud: TETAPI, bagaimanakah kita boleh manfaatkan dengan adanya pengaruh kita. Apa yang boleh dibuat dengan pengaruh saya pula? (pengiklan) Dan, bagaimana saya mahu orang ramai, mencuba biskut jualan saya?

5.This is where I Come in ! Churp Churp *A social Media Solutions Network*

bermaksud: Dari sini lah munculnya Media Sosial bernama Churp-Churp.

** Pengiklanan melalui Twitter dan juga Facebook**

6.Hey! We have new yummy cookies in town ! Let's share this with our friends!

bermaksud: (pengiklan) Hai! Kami ada biskut yang lazat di bandar! (Churp-Churp) Baik, mari kita kongsi produk kamu kepada kawan-kawan saya (Chupers).

7.Hey Churpers! ! There are new yummy cookies in town. Let's Share this!

bermaksud: (ChurpChurp) Hai kawan-kawan! (Chupers). Ada produk baru iaitu biskut yang sangat lazat! Jom kongsikan info ini!

8.*Followers / Friends / Reviewers respond to the message! * (Chupers) Nomz! These cookies are yummy! *(respond) Really? How does it taste?* thought Facebook & Twitter. The seed is planted

bermaksud: Pengikut/ Kawan-kawan / Para Ulasan akan memberikan maklumbalas tentang mesej anda tadi. Dan akan berlaku sesi soal-jawab seperti diatas. Dari sini, mesej akan akan menular di ruangan Media Sosial.

9.*Followers / Friends / Reviewers respond to the message! * * Feedback and replies * * Feedback and * Feedback and replies * replies *Facebook Twitter The seed takes root and grows!

bermaksud: Sama seperti diatas. Anda akan mendapat maklumbalas dari rangkaian sosial anda. Dan, maklumat semakin bercambah!

10. Join the community, meet new friends and get rewarded!

bermaksud: Dengan menyertai komuniti ini akan bertemu kenalan baru dan, mendapat ganjaran!!

Bagaimana? kamu faham tak dengan penterjemahan saya yang kurang arif nie. Maklumlah, saya bukan bekerja di Pusat Bahasa, kalau tak lagi panjang kot terjemahan nya! uhuhu~ apa pun, segala pertanyaan boleh dibuat dalam ruangan komen ya!

Senang cerita macam nie la, jika korang aktif dalam sosial media macam Twitter dan Facebook, korang adalah insan yang dicari-cari oleh ChurpChurp. Sambil korang bertwitter dengan rakan-rakan,artis tempatan mahupun artis luar negara, korang boleh membuat pendapatan tambahan dengan ChurpChurp nie.

Tak percaya? sudah tentu!.. Mana sekarang orang nak percaya tanpa ada bukti kan? Akan dipertontonkan bukti yang kukuh lagi konkrit.. =D

** Dalam akaun ChurpChurp shahroll**

**Tinggg** Dah percaya? hehe.. ok la kan, baru joint program nie. Alhamdulillah, pakcik bersyukur ada 2 income dari Nuffnang dan juga Churp2. Rezeki online.. =D

Para Chupers dah buat aktiviti bersama dengan Chupers yang lain. Mereka main layang-layang. Owh! sungguh klasik. Sebab, pakcik sendiri dah lama tak main layang-layang. Ada la dalam 8 tahun tak main, huhu~ jom tengok gambo!

**photo credit: shannonchow.com**

**photo credit: TheJessicaT.com**

**Photo credit: Zaid.com**

快来加入我们吧.. (mari sertai kami!). Dah ramai dapat cek untuk ChurpChurp program nie. Pakcik pon tak mau lah ketinggalan jugak.. heheh~ 不要忘了哦!

Salam...