Showing posts with label hari raya 2010. Show all posts
Showing posts with label hari raya 2010. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

[raya] From Klang to Bandar Baru Kundang, Rawang by shahroll

Sunday, September 19, 2010
Salam all! =D


Nie semalam punya cerita. Hari nie aku baru proses gambarnya dalam PC. Hari nie gila penat kaoo rumah terbuka.Haha~ tak la penat sangat pon, aku tolong sikit2 jerk, lain2 adik2 aku buat =P. Memang best sebab ramai yang datang, kawan2 abah aku yang terdiri dari budak2 muda, mak lak kawan2 dari ahli2 rukun tetangga,kawan adik2 aku dan seterusnya.. kawan aku lah! =D


Semalam aku ke Rawang, atau lebih tepatnya ke Bandar Baru Kundang. Aku tak pernah datang ke sini sebelum nie. Agak seronok gak la dapat lepas dari area Shah Alam... =_=~


Aku lalu kat highway Guthrie. Bapak aihh~ banyak tol seh! huhu~ korang mungkin kate aku berkire sgt kot,setiap tol RM1.40 kau darab ngan 5 tol. Dah bape? =P tu pergi saja, belum balik lagi nyer lagi.. heheh~ tak keysah lah, nak raya punyer pasal.


Sebelum aku sampai kat umah ina (member SMT Klang), aku singgah dulu ke kedai Hajjah Safeah (Warisan Bantal Pokok Kekabu Asli) yang ada ditepi jalan menyusur ke Kuang. First impression aku, macam best je kedai nie sebab aku nak usha2 patung Patrick tu. Alaa, cerita cartoon dalam Spongebob tu..


** Hajjah Safeah | Kedai menjual kekabu asli.. memang asli! =D

** haruslah ade muka si SH nie.. =P

** Taddaaa.. aku dah dapat patung Patrick | Alih2 adik bongsu aku amek! haihh~ =_=~

** Ada Spiderman jugak.. tak mo ah! tak cool.. =|

** Haaa.. nie lah dia kekabu asli | Murah je kot, sebuntil tu RM15 hengget kalau korang beli 3 buntil cuma RM40 je | Business Marketing sungguh! =P


Korang yang tak pernah pergi ke rumah ina (attention for SMT Klang members), senang jek. Lalu Guthrie tu lepas 5 tol, korang amek kiri. Amek kiri saja tau sampai korang nampak susur keluar. Korang dah selamat la tu. Then, korang terus lagi sampai nampak signboard "Kuang". Lepas traffik light pertama, korang belok ke kiri.

Pastu,korang jalannnnnn je terus sampai nampak Petronas dan sampai 1 simpang, korang belok ke kiri lagi. Kali nie korang terus lagi sampai nampak Tasik Biru sebelah kiri korang dan terus sikit lagi kedepan. Then, nie dah nak sampai dah, korang belok kiri dan carik taman Bandar Baru Kundang. Sebelum korang sampai tu, ada satu padang golf dan Kundang Lake. Haa.. senang tak? dah sampai ke rumah ina..

Aku budak teknik pertama kot sampai dulu. Kalah kawan2 kamceng dia. huhu~ Nasib baik dalam rumah tak ramai sangat, aku kan penyegan! huhu~ datang2 aku belasah nasik lemak. Mak oihh..sedap seh! tapi pedas giler.. aku memang makan pedas, tapi pedas sambal mak kau ina, macam masakan minang! =D

Then balun pulak lontong. Nie aku amek banyak sikit sebab kuah kacang dia superb best. Ada campuran pedal ayam. Cool~ memang fav kan..

Korang nak tengok gambar eh? sory lah tak sempat nak snap2 masa makan, hahah~ sebuk menjamah penuhkan perut lalu aku melupakan kamera henset aku tu.. =P cukup lah korang imagine how i can eat all tu eh.. 

Dalam setengah jam cam tu, aku blah la balek. Nak pergi ke Kajang pulak. Tapi dalam perjalanan, kepala dah high giler. Aduh, senang tol aku ngantok sekarang nie. huhu~ tak tahu lah pe sebab. Faktor usia kot, nak membesar lah katekan.. hahaha~


** see? line clear babe! =D

** Fuuuh~ Arjuna! muahahah~ gaya control kejantanan!

** nie bajet howwtz! versi comey~

** Nie pulak gaya cam kalah judi!

** Astagfirullah.. gaya apekah?? u judge it!

Oh!Oh! korang nak tengok jugak ke tuan rumahnya? Ok2 lah, aku bagi gak lah, kang korang kempunan pulak sape tuan umah yang aku pergi beraya nie kan.. so nie lah dia...

** This Ina | My friend kat SMT Klang dulu | Thanks ya!

Dah2.. tak berkedip mata tengok awek cun! haihh~ kepantangan korang nie.. hahah~ she still available eh, BUT not single.. lalala~lala~ wakakak.. Ina, if u read this, please! comment.. ahahahah~ ok lah, ade buat blog baru hari nie, so, aku de kerja laen lak. see ya!

Salam!

Sunday, September 12, 2010

[raya] #1 Syawal di Sungai Yu by shahroll

Sunday, September 12, 2010
Salam all! =D


Baru balik dari kampung hari nie. Drive dari Tanjong Karang ke Klang tak lama, yang buat lama nya sebab ade singgah2 kat rumah orang untuk beraya. Sebab umah orang tu berhampiran dengan jalan untuk balik, so singgah sekali. Dapat lah 2 rumah sebelum sampai ke rumah aku nie.


Ok, raya #1 macam biasa, pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berhampiran dengan rumah nenek aku. Selama aku beraya kat Sungai Yu , situ gak lah aku solat sunat raya. =D


** Cipta kelainan? what ever =_=~

Raya kali nie jatuh pada hari Jumaat, so tengahari aku bersolat Jumaat di Kampung Apungan, rumah nenek belah bapak aku. Kat sana ada banyak masjid boleh pilih, tinggal jauh dengan dekat jek.. pastu, sesudah aku selesai solat raya, aku balik umah dan sesuatu bau yang masyukkkk dari dapur!.. 
** Introduce | Ikan Keli masak lemak cili api | by emak aku

Ni yang tak tahan nie.. hehe raya2 masak ikan keli pulak!.. pe keysah.. aku raya2 tak carik sangat ketupat or lemang, janji ada nasik, jalan! =D korang pernah cuba masakan nie tak? mana yang jawa2 tu, korang tok sah tipu kalau tak pernah rasa masakan nie k.. hehe sedap owhh cecah sama pulut or ketupat kuah ikan nie.. =)
** Abaikan muka aku yg putih semerbak tu =_=~

**Burpp** time dah kenyang le nie, lemaoo aku santap ikan keli tu ha.. heheh~ biasanya pagi raya #1 nie, aku kat umah nenek aku tunggu sedara mara dari sawah sempadan or yang berdekatan berkunjung je umah nenek aku dulu.. then baru aku pergi ke umah nenek belah bapak aku pulak.. nice kan? dekat je.. hehehe~


** Aku dan kamera = Kekasih gelap!

Adess! side nie nmpk aku gemuk la pulak!.. haiihh~ dah diet pon still cam nie gak **wink**.. dah diberi kesihatan cam nie kan, syukur Alhamdullillah.. =D Aku even time2 raya nie pon, sempat gak promot bisnez aku nie ha, yelah kang kate sedare mara tak dibagi tahu ade buat biznez gambo2 nie.. hehe so market aku kat anak2 dara dorang lah! hehehe~.. pakcik makcik yang baca blog anak sedara makcik pakcik nie, boleh sebar2 kan pada yang sedara mara yang lain gak k! heheh~ -vOv-

See next post! letey tak ilang g.. haha~ salam..

Thursday, September 09, 2010

[Feel] Raya tahun nie "kosong" by shahroll

Thursday, September 09, 2010
Salam all! =)


Baru terbangun dari tidur, terus bukak PC untuk hapdet. Gila tegar kah aku? =P, apa pon raya nanti aku akan "hilang" dalam beberapa hari gak la untuk beraya sana sini. Naseb baik tak de laptop ngan broadband, kalau tak kat rumah orang bertandang aku hapdet! hahaha~


Aku tak de mood raya tahun nie. Entah.. langsung tak de. Bukan tahun nie je aku rase cam tu, dekat hampir 2 tahun kot sebelum ni. Mungkin aku lebih sayangkan Ramadhan dari Syawal, mungkin... =_=~


Sampai sekarang nie pon aku tak beli pape lagi. Harap baju Melayu je lah mak aku dah sound beli awal2, tu pun mak aku yang heret ke kedai baju tengok baju melayu yang mana sesuai, law tak memang haram nak ada baju Melayu..huhu~


Aku tak suka nak bermewah2 time raya, sebab impak dia masa lepas raya.Hazabb! bukan nak berkira sangat, but memang cara aku cam tu kot. Kalau dulu beriye2 ajak kawan g Uptown lah, Downtown lah.. skang nie lepak beli baju kat Yue Lee je kat Tanjung Karang.. murah pun murah.. malam nie aku beli kat sana..


Awal Ramadhan dah aim nak beli Kasut Nike, pikir balik better beli kasut kulit. Boleh buat kerja sekali. Kasut sport dah banyak lam almari kasut, kasut kulit je yang takde.hehe~ jangan terkejut aku g office kadang, pakai kasut sport je.. =P


Kat kejiranan aku ramai orang Sabah, specially orang Bugis. Ada satu makanan yang dipanggil "buras" dan dimasak macam masak ketupat tu, tapi nie pakai daun pisang. Sedap? pergh.. memang best.. korang patot cuba.. =D Dorang best jek aku tengok, semangat raya untuk esok, even doang jauh datang dari Sabah..cool!


Cuma satu je aku nak pada Hari Raya nie... cium pipi mak and abah... **cry** SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada korang2 semua, kawan2 blog,kawan2 FB.. semoga kita jumpa lagi Ramadhan akan datang.. Insyaallah..


Salam!