Showing posts with label SMT Klang. Show all posts
Showing posts with label SMT Klang. Show all posts

Saturday, February 05, 2011

Taman Pendamar Indah: Ada apa kat sana? by shahroll

Saturday, February 05, 2011
As salam to all,


Sabtu yang dull bagi aku. Sampai lah jam 11.30, aku bersiap untuk pergi ke Majlis Perkahwinan Azri and Ijah yang berlangsung di Taman Pendamar Indah, Port Klang. Aku pergi sorang. Aku sampai dalam 1.00 petang cam tu.


Aku jumpa si Shahrizal (Panjang) dengan awek dia. Then jumpa pulak si Kecik (Syazwan). Then lepak borak2, masuk group yang ramai sket kawan-kawan kitorang. Campuran kawan dari Sekolah Agama Hishammudin ngan Teknik Klang. Masa tu bebudak Teknik tak ramai yang datang lagi.


Dalam 2.00 petang gitu, baru nampak bebudak Teknik sampai. Syami, Fauzan, Bana, Najib, Mas Hafifi (dah kurus sioutt!), Wan Pian, Wan Hakim dan lain-lain yang aku tak berapa kenal sangat. Memang best dapat kumpul bebudak masa sekolah dulu. OH! Klasik gila.


Banyak bercerita pasal kerjaya, study dan plan akan datang. Rata-rata, ramai yang masih "bersekolah" (Degree level) dan ada yang baru habis sekolah dan baru masuk ke alam pekerjaan. Tak kira lah apa pon, setiap perjalanan kehidupan itu semestinya mencoret kenangan yang terindah. Dah macam puisi la pulak, derm! huhu~


Ok lah, korang enjoy dengan Vclip dari Nokia C3 aku nie k! semoga berjumpa lagi korang! heyy~ add lam pesbuk aku k, leh buat re0union bebudak PKJ dlu.. owhh cool sehh.. =D


Sunday, September 19, 2010

[raya] From Klang to Bandar Baru Kundang, Rawang by shahroll

Sunday, September 19, 2010
Salam all! =D


Nie semalam punya cerita. Hari nie aku baru proses gambarnya dalam PC. Hari nie gila penat kaoo rumah terbuka.Haha~ tak la penat sangat pon, aku tolong sikit2 jerk, lain2 adik2 aku buat =P. Memang best sebab ramai yang datang, kawan2 abah aku yang terdiri dari budak2 muda, mak lak kawan2 dari ahli2 rukun tetangga,kawan adik2 aku dan seterusnya.. kawan aku lah! =D


Semalam aku ke Rawang, atau lebih tepatnya ke Bandar Baru Kundang. Aku tak pernah datang ke sini sebelum nie. Agak seronok gak la dapat lepas dari area Shah Alam... =_=~


Aku lalu kat highway Guthrie. Bapak aihh~ banyak tol seh! huhu~ korang mungkin kate aku berkire sgt kot,setiap tol RM1.40 kau darab ngan 5 tol. Dah bape? =P tu pergi saja, belum balik lagi nyer lagi.. heheh~ tak keysah lah, nak raya punyer pasal.


Sebelum aku sampai kat umah ina (member SMT Klang), aku singgah dulu ke kedai Hajjah Safeah (Warisan Bantal Pokok Kekabu Asli) yang ada ditepi jalan menyusur ke Kuang. First impression aku, macam best je kedai nie sebab aku nak usha2 patung Patrick tu. Alaa, cerita cartoon dalam Spongebob tu..


** Hajjah Safeah | Kedai menjual kekabu asli.. memang asli! =D

** haruslah ade muka si SH nie.. =P

** Taddaaa.. aku dah dapat patung Patrick | Alih2 adik bongsu aku amek! haihh~ =_=~

** Ada Spiderman jugak.. tak mo ah! tak cool.. =|

** Haaa.. nie lah dia kekabu asli | Murah je kot, sebuntil tu RM15 hengget kalau korang beli 3 buntil cuma RM40 je | Business Marketing sungguh! =P


Korang yang tak pernah pergi ke rumah ina (attention for SMT Klang members), senang jek. Lalu Guthrie tu lepas 5 tol, korang amek kiri. Amek kiri saja tau sampai korang nampak susur keluar. Korang dah selamat la tu. Then, korang terus lagi sampai nampak signboard "Kuang". Lepas traffik light pertama, korang belok ke kiri.

Pastu,korang jalannnnnn je terus sampai nampak Petronas dan sampai 1 simpang, korang belok ke kiri lagi. Kali nie korang terus lagi sampai nampak Tasik Biru sebelah kiri korang dan terus sikit lagi kedepan. Then, nie dah nak sampai dah, korang belok kiri dan carik taman Bandar Baru Kundang. Sebelum korang sampai tu, ada satu padang golf dan Kundang Lake. Haa.. senang tak? dah sampai ke rumah ina..

Aku budak teknik pertama kot sampai dulu. Kalah kawan2 kamceng dia. huhu~ Nasib baik dalam rumah tak ramai sangat, aku kan penyegan! huhu~ datang2 aku belasah nasik lemak. Mak oihh..sedap seh! tapi pedas giler.. aku memang makan pedas, tapi pedas sambal mak kau ina, macam masakan minang! =D

Then balun pulak lontong. Nie aku amek banyak sikit sebab kuah kacang dia superb best. Ada campuran pedal ayam. Cool~ memang fav kan..

Korang nak tengok gambar eh? sory lah tak sempat nak snap2 masa makan, hahah~ sebuk menjamah penuhkan perut lalu aku melupakan kamera henset aku tu.. =P cukup lah korang imagine how i can eat all tu eh.. 

Dalam setengah jam cam tu, aku blah la balek. Nak pergi ke Kajang pulak. Tapi dalam perjalanan, kepala dah high giler. Aduh, senang tol aku ngantok sekarang nie. huhu~ tak tahu lah pe sebab. Faktor usia kot, nak membesar lah katekan.. hahaha~


** see? line clear babe! =D

** Fuuuh~ Arjuna! muahahah~ gaya control kejantanan!

** nie bajet howwtz! versi comey~

** Nie pulak gaya cam kalah judi!

** Astagfirullah.. gaya apekah?? u judge it!

Oh!Oh! korang nak tengok jugak ke tuan rumahnya? Ok2 lah, aku bagi gak lah, kang korang kempunan pulak sape tuan umah yang aku pergi beraya nie kan.. so nie lah dia...

** This Ina | My friend kat SMT Klang dulu | Thanks ya!

Dah2.. tak berkedip mata tengok awek cun! haihh~ kepantangan korang nie.. hahah~ she still available eh, BUT not single.. lalala~lala~ wakakak.. Ina, if u read this, please! comment.. ahahahah~ ok lah, ade buat blog baru hari nie, so, aku de kerja laen lak. see ya!

Salam!