Saturday, January 21, 2012

Al-Fatihah buat Izwan Pilus telah kembali ke rahmatullah, by shahroll



As salam, hello readers...


Terkejut. Yerp, siapa yang tak terkejut dengan perkhabaran ini. Aku mendapat tahu hal ini selepas mak aku SMS semasa aku dalam perjalanan ke Mid Valley. Innalillah-wainnallillah-hirojiun buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat olehNya. Aminn.


sumber: KL Pos blog

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Bapa kepada Penyanyi ini iaitu Pilus Mohd Jani telah mengesahkan pemergian anaknya itu akibat jangkitan kuman tikus dan kuman dalam darah.


Jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.


Beliau menjelaskan kesemua keluarga Allahyarham termasuklah adiknya yang juga Penyanyi kelahiran AF 7 Ariel berapa disisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Mengikut sumber Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, Izwan Pilus pada mulanya telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.


Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.


AL-Fatihah... 

No comments: