Saturday, January 14, 2012

Apakah "thephotographerz" itu? by shahroll



As salam, hello readers...


Semalam baru siap sepenuhnya weblog untuk hub photographer yang aku namakan "thephotographerz". Apa sebenarnya thephotographerz ni? Serba sedikit aku ceritakan, ok?


Interface thephotographerz blog

Ini adalah projek pertama aku melibatkan golongan karyawan bergelar jurugambar/jurufoto. Objektif utama dalam penghasilan hub ini adalah;-
1) Memberikan jurugambar tempatan membuat promosi tentang pakej-pakej yang mereka tawarkan kepada pelanggan.
2) Membuat 1 direktori yang mesra pengguna, pantas, dan senang diingati oleh semua pelanggan yang mengunjungi weblog ini.
3) Jaringan berorientasikan jaringan perniagaan (business networking) untuk para jurugambar tempatan mengenali 1 sama lain rakan niaga yang ada di dalam weblog.

Untuk rekod, seramai 7 usahawan jurugambar sudah bersama-sama di dalam thephotographerz bagi mempromosikan perkhidmatan mereka dan sekarang dalam proses mem-posting. Masih ada 93 akaun (gmail) untuk slot author dan boleh request di sini (ruangan komen).


Antara banner yang terdapat di thephotographerz

Sure korang tertanya-tanya, perlu ke buat weblog yang semuanya menunjukkan pakej dari jurugambar lain? Tak rugi ke? Jawapan aku senang. Korang berada di Malaysia dan berniaga di Malaysia adalah pasaran terbuka. Bila berada di pasaran terbuka, persaingan memang tampak senggit.

Sasaran aku adalah kepada jurugambar freelancer/part timer. Mana yang sudah level PRO, mereka berada di tahap atau kelas mereka tersendiri. Aku dah study, market selalunya didominasi oleh level-level PRO ini. Jadi, mana-mana yang freelancer, walaupun bagus hasil kerja malahan lebih mantap dari PRO, tetapi kurang dikenali dek disebabkan terlalu ramai. Disini lah timbul idea untuk wujudkan weblog khas untuk jurugambar.

Oleh kerana akaun hanya dibenarkan dalam 100 akaun, maka sesiapa yang terpantas, boleh menjadi author/advertiser di dalam thephotographerz. Kenapa 100 akaun? platform yang aku gunakan adalah sumbangan dari Google (blogpspot). Dan kenapa pakai blogspot? Sebab aku pengguna blogspot TEGAR! sesiapa yang biasa pakai Wordpress ke Self-Hosting ke, masuk ke thephotographerz, WAJIB tahu pakai Blogspot.

Untuk members, rujukan korang disini: Guideline posting

Apa lagi faedah sertai thephotographerz family?
Semua jurugambar yang sudah menyertai, aku anggap as family. Kenapa? Sebab hanya jurugambar yang memahami jurugambar. Tak gitu? Kalau salah, tolong ingatkan aku. Ada planning untuk members yang join. Itu aku post akan datang lah.

Itu je kot. Mana-mana photographer yang nak join kitorang, jangan sesegan k? chill!

Enjoy!

No comments: