Showing posts with label abang burn. Show all posts
Showing posts with label abang burn. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

(food) Burger Bakar Abang Burn @ seksyen 7, Shah Alam by shahroll

Sunday, March 17, 2013



As salam, hello readers...

Minggu lepas aku bersama boss office menjejakkan kaki ke kedai Burger Abang Burn yang dikatakan "hebat" penyediaan burgernya. Hebat sangat ke sampai ramai orang sekeliling hangat memperkatakan pasal burger ni? Demi mencari kepastian yang nyata, aku pun pergi lah untuk mencuba juadah burger itu. Dan, korang boleh tengok aliran cerita aku ni berdasarkan gambar dibawah;

ruang memesan makanan
1#- Korang perlu ke kaunter ini untuk memesan burger yang korang inginkan. Tak de istilah pelayan akan amik order dekat meja ye? Di sini korang akan memilih beberapa menu yang disediakan dalam katalog. Semuanya sangat yummeh (dalam gambar, belum rasa lagi) so, aku tanya, mana yang selalu orang order? Cashier ni cakap, "Burger Supremo" aku pon ON aje..

Resit bayaran
2#- Nampak harganya berapa? YES! RM13.50 sen sahaja ye kawan-kawan. Tak mahal untuk burger yang berkualiti. Sedap dan padat! Burger Supremo tu aku letak Turkey (macam daging salai jek) sebagai bahan tambahan dalam burger tersebut.

Sudut pandang depan kedai Burger Abang Burn
3#- Bagi mereka yang tak tahu kedudukan kedai ni, landmark paling senang sekali, pergi ke KFC pintu belakang UiTM dan akan nampak Restoren Kayu Nasi Kandar. Ikut saja jalan tu, dan berhenti sebelum kedai motor. Dapatlah korang cari kedai ni nanti disekitar situ. Mudah?

Pelbagai menu untuk memenuhi citarasa manusia yang berbeza
4#- Korang boleh besarkan gambar diatas kalau tak nampak apa menu yang ditawarkan. Apa yang aku boleh cakap, superb menu der! Rasa nak makan semua sekali tapi apakan daya, perlu juga tenguk keadaan dompet semasa. Sedap je makan, pitih tak dok, hok payah gop tu! HEHE.

Tibalah saat yang dinantikan. Burger Supremo Turkey aku pun sampai dengan lazat dan yummmmmehhh!! *sila lap air liur anda sekarang!*

NICE!