Sunday, March 17, 2013

(food) Burger Bakar Abang Burn @ seksyen 7, Shah Alam by shahroll




As salam, hello readers...

Minggu lepas aku bersama boss office menjejakkan kaki ke kedai Burger Abang Burn yang dikatakan "hebat" penyediaan burgernya. Hebat sangat ke sampai ramai orang sekeliling hangat memperkatakan pasal burger ni? Demi mencari kepastian yang nyata, aku pun pergi lah untuk mencuba juadah burger itu. Dan, korang boleh tengok aliran cerita aku ni berdasarkan gambar dibawah;

ruang memesan makanan
1#- Korang perlu ke kaunter ini untuk memesan burger yang korang inginkan. Tak de istilah pelayan akan amik order dekat meja ye? Di sini korang akan memilih beberapa menu yang disediakan dalam katalog. Semuanya sangat yummeh (dalam gambar, belum rasa lagi) so, aku tanya, mana yang selalu orang order? Cashier ni cakap, "Burger Supremo" aku pon ON aje..

Resit bayaran
2#- Nampak harganya berapa? YES! RM13.50 sen sahaja ye kawan-kawan. Tak mahal untuk burger yang berkualiti. Sedap dan padat! Burger Supremo tu aku letak Turkey (macam daging salai jek) sebagai bahan tambahan dalam burger tersebut.

Sudut pandang depan kedai Burger Abang Burn
3#- Bagi mereka yang tak tahu kedudukan kedai ni, landmark paling senang sekali, pergi ke KFC pintu belakang UiTM dan akan nampak Restoren Kayu Nasi Kandar. Ikut saja jalan tu, dan berhenti sebelum kedai motor. Dapatlah korang cari kedai ni nanti disekitar situ. Mudah?

Pelbagai menu untuk memenuhi citarasa manusia yang berbeza
4#- Korang boleh besarkan gambar diatas kalau tak nampak apa menu yang ditawarkan. Apa yang aku boleh cakap, superb menu der! Rasa nak makan semua sekali tapi apakan daya, perlu juga tenguk keadaan dompet semasa. Sedap je makan, pitih tak dok, hok payah gop tu! HEHE.

Tibalah saat yang dinantikan. Burger Supremo Turkey aku pun sampai dengan lazat dan yummmmmehhh!! *sila lap air liur anda sekarang!*

NICE!



EXCELLENT!

Ada kepingan cendawan goreng (mushroom)

Mayonnnnnnis banjir!

Mayonissssss tsunami!

Ferghhhhh~ mantop!

AWESOME...

Alamak! terjelir macam lidah lembu... HAHA

Pandangan sudut tepi yang cunnnn~

Makan penuh nikmat.. Alhamdulillah.. rejeki..

Daging yang digunakan segar dan tidak liat...

Amacam? perut sudah berbunyi? HAHA! jangan salahkan aku k? Korang yang pepandai baca buat apa? Opss.. ehehe joke joke. Kalau korang nak rasa kenikmatan burger Abang Burn di sini, roger aku! Aku nak repeat balik makan burger kat sini.

Ini rate aku untuk Kedai Burger Abang Burn;

Cleanliness : 4/5

Ambience : 3/5

Food Quality : 4.5/5

Service Quality : 3.5/5

Value For Money : 4/5

Overall : 4/5

Berbaloi untuk korang mencubanya. enjoy!

2 comments:

Papa-NtiQ said...

hi shahrulhairy..........cakap pasal burger bakar abang burn nih saya baru jer pegi makan kat branch dia di johor bahru. Lazat dan cepat service!Pics pun baru jer upload dalam blog so bila senang tu jenguk la yer di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe…takde topik lain
dan....kalu minat tu follow la yer blog saya TQ

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Papa:

Wahhh! pasal makan sape tak suke! hehehe.. tq papa! =)