Showing posts with label Mewangi. Show all posts
Showing posts with label Mewangi. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Anugerah Juara Lagu: Kenapa lagu Mewangi tak layak? by shahroll

Sunday, December 14, 2014



As salam, hello readers...

Dah lama aku draft entry ni dalam otak sejurus sahaja lagu ni TAK LAYAK untuk ke peringkat seterusnya (final). Dari pandangan aku yang bukan "orang dari industri" muzik terpaksa akur dengan para juri yang sememangnya LAYAK untuk mengadili lagu yang masuk bertanding.

Itu mereka...

Bagi kami pendengar biasa/pendengar setia radio dan fans club, merasakan lagu ini TERSANGAT LAYAK untuk menjadi lagu finalis dan seterusnya MENANG untuk AJL 2014. Kenapa?

1) Lagu yang sangat matang dari Akim Ahmad. Lagu Akim yang dibawa solo bukan tak bagus, cuma gandingannya bersama The Majistreet membawa peningkatan yang ketara dari segi popularity dan prestige. Diakui lagu ini juga membawa "aura" yang berlainan dari lagu-lagu Akim yang lain

2) Emosi. emosi yang sangat kuat dari dalam lagu ini samada untuk TuhanNya mahupun hambaNya. Ada 2 maksud disini. Kalau korang mensabitkan lagu ini untuk manusia, maka kecintaan pada manusia itu terserlah. Begitu juga dengan dengan Tuhan, menunjukkan kesetiaan dan ketaatan hamba kepada TuhanNya. Dengar betul-betul lirik dalam lagu tersebut

3) Originality. Yup! Original kat sini, tak 100% musiknya dicedok dari lagu orang lain walaupun ada kedengaran sikit-sikit macam musik Muse (unintended) tu kan? Whatever is, Akim bijak mencampurkan elemen itu dengan selera pendengar di Malaysia. Konsep macam ni tak biasa lagi dalam industri tahu?


Official MV "Mewangi"

enjoy!