Showing posts with label Malaysian Culture. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Culture. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Bangga menjadi rakyat Malaysia, pelbagai genre musik boleh layan! by shahroll

Monday, March 19, 2012


As salam, hello readers...


Drive dari Janda Baik ke Shah Alam pada petang Ahad memang "seronok". Jammed teruk gila. Nasib dah layan tidur beberapa jam dulu sebelum drive. Nak tak nak, kalau long distance memang aku bantai tidur dulu. Keselamatan beb!


Aku ada kawan dari Sabah.


Dia suka betul kat lagu ni. Memang jelas lagu tempatan Sabah. Bahasa asal adalah bahasa Dusun katanya. Tetapi telah dialih Bahasa Malaysia untuk aku yang tak paham bahasa Dusun boleh enjoy this song.


Lagu Anak Kampung. Ok fine.



Boleh "masuk" aku dengan lagu ni. Musik dia best. Inilah yang dikatakan bertuah dan bangganya menjadi rakyat Malaysia yang boleh berkongsi dalam pelbagai bidang termasuklah adat budaya.

Kumpulan Zero (Raja Lawak) bawak lagu ni kan? Good promotion for Sabah =)

enjoy!

Wednesday, August 18, 2010

Most Popular Bloggers in Malaysia by shahroll

Wednesday, August 18, 2010
Salam all! =D

Sambil menyelam minum air!.. erk~ cam tak sesuai je peribahasa tu untuk sekarang nie, hehe~ bulan puasa kan, =D. Tadi dok gatal bukak laman web bloggers.com sebab dah lamaaaa sangattt tak bukak. Pas tu terpandang inbox dari abam Jejai kita. Nak tahu pe content dalam inbox tu.. teheee~


Cuba korang tengok tarikh dihantar tu. 1 May 2010. So, dah berapa kurun aku tak bukak laman web tu. hehe~ to bro Jejai, lu tetap idola aku sebab lu punya blog dah PR4 ooohh!! wa patot menyendeng2 sama lu.. heheh~

Selepas menempa nama di laman website blogged.my dengan posting INI dan INI, seterusnya aku mengorak langkah ke international level pulak dengan join bloggers.com tu.

Aku tampal sikit Most Popular: Bloggers in Malaysia. Bukan aku cakap eh, laman web tu yang kasi rank.. huhu~
**My blog rank number 2!! Goshhh..
source: bloggers.com

Atas aku adalah seorang blogger bernama Thiruselvam K. Banyak blog dia, tak silap ada 4 blog dan semuanya berdomain blogspot. Salah satu blog dia Body Beauty. So, kalau nak "lebih" popular pas nie, pastikan korang ada banyakkkk blog! heheh.. 

Ok guys! enjoy reading.. Salam =)

p/s: Abam Jejai dah de buat posting nie ke? hehe.. meh2 kongsi link..

Friday, July 30, 2010

Berita Harian: Skim Cepat KAYAP! by shahroll

Friday, July 30, 2010
Salam all! =D


Selamat hari Jumaat yang diberkati oleh Allah s.w.t. Apa khabar korang semua? adakah masih bersemangat seperti hari Isnin yang lepas? Maklum saja, sudah menghampiri hujung minggu pasti korang dah ada plan yang best2 untuk keluar bersama kawan2 dan juga keluarga =D


Ok, ada baca newspaper tak semalam tentang "skim cepat kaya" nie? Dimana, tumpasnya skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang menakjubkan dengan TIADA USAHA dan juga hanya menunggu duit datang. Apakah korang percaya konsep itu?



Sedikit dari petikan BH online:-

PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu. 

Dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.

Pengalaman saya nie, saya sendiri pernah ke lokasi terbabit dalam tahun lepas, tahun 2009 diajak oleh kawan pejabat saya sendiri. Dan saya pasti dan yakin lagi kerana laporan akhbar menulis, tempat kejadian di Mentari Court, dekat USJ sana. Memang SAH!! itulah dia kumpulan yang melaungkan " yess2.. guddey2.." slogan yang memberikan semangat kepada ahli2 baru yang nak buat pelaburan!

Kereta-kereta yang ditayang kat parking lot tu pon pada mulanya aku agak kagum kerana apa? Bukan senang nak beli kereta cam tu pada usia yang sangat muda! Tapi bagi kumpulan ITU, tak ada yang mustahil, sebab itulah cara dorang nak yakinkan korang supaya duit korang yang beribu2 tu dileburkan pada dorang tu!

Aku tak sangka, masih ada lagi orang yang percaya pasal mende2 cam ni. Aku dah rasa dari awal lagi group "HAHA" ni memang tak boleh DIPERCAYAI! Aku pernah dibawa kesana dan aku bertanyakan pasal marketing plan, ape semua ( aku dah byk pengalaman masuk dalam MLM dulu..) so, aku gunakan sebaiknya untuk counter-back pada mamat yang nak chong aku pasal pelaburan nie.


Nah! cakap pon tunggang tebalik, ada hati nak amek RM 41 ribu dari aku!! cehh~ pastu siap leh nak buat kan loan peribadi lak tu.. memang kaki kencing kuat! Syukur, aku tak termasuk dalam kancah kesyiaaalan mereka.


Lebih aku terkilan, budak office aku yang bawak aku tu cerita, dorang nie jual barang kosmetik!! how dare you tipu aku bro?? ko mmg aku dah banned lam hidup aku sebagai kawan yang TAK BOLEH dipercayai.. haaa.. nak mengaku meh dalam komen box aku!!..


Kepada yang dah TERKENA, aku ucapkan takziah sebab aku tahu korang diperdaya dengan geng "haha" nie... ( nama HAHA nie aku panggil sebab doang nie suka HAHA je lebeyy)..Teruskan kehidupan walaupun kena tanggung hutang yang banyak setiap bulan. Lain kali, HATI-HATI!


Salam