Friday, July 30, 2010

Berita Harian: Skim Cepat KAYAP! by shahroll

Salam all! =D


Selamat hari Jumaat yang diberkati oleh Allah s.w.t. Apa khabar korang semua? adakah masih bersemangat seperti hari Isnin yang lepas? Maklum saja, sudah menghampiri hujung minggu pasti korang dah ada plan yang best2 untuk keluar bersama kawan2 dan juga keluarga =D


Ok, ada baca newspaper tak semalam tentang "skim cepat kaya" nie? Dimana, tumpasnya skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang menakjubkan dengan TIADA USAHA dan juga hanya menunggu duit datang. Apakah korang percaya konsep itu?



Sedikit dari petikan BH online:-

PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu. 

Dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.

Pengalaman saya nie, saya sendiri pernah ke lokasi terbabit dalam tahun lepas, tahun 2009 diajak oleh kawan pejabat saya sendiri. Dan saya pasti dan yakin lagi kerana laporan akhbar menulis, tempat kejadian di Mentari Court, dekat USJ sana. Memang SAH!! itulah dia kumpulan yang melaungkan " yess2.. guddey2.." slogan yang memberikan semangat kepada ahli2 baru yang nak buat pelaburan!

Kereta-kereta yang ditayang kat parking lot tu pon pada mulanya aku agak kagum kerana apa? Bukan senang nak beli kereta cam tu pada usia yang sangat muda! Tapi bagi kumpulan ITU, tak ada yang mustahil, sebab itulah cara dorang nak yakinkan korang supaya duit korang yang beribu2 tu dileburkan pada dorang tu!

Aku tak sangka, masih ada lagi orang yang percaya pasal mende2 cam ni. Aku dah rasa dari awal lagi group "HAHA" ni memang tak boleh DIPERCAYAI! Aku pernah dibawa kesana dan aku bertanyakan pasal marketing plan, ape semua ( aku dah byk pengalaman masuk dalam MLM dulu..) so, aku gunakan sebaiknya untuk counter-back pada mamat yang nak chong aku pasal pelaburan nie.


Nah! cakap pon tunggang tebalik, ada hati nak amek RM 41 ribu dari aku!! cehh~ pastu siap leh nak buat kan loan peribadi lak tu.. memang kaki kencing kuat! Syukur, aku tak termasuk dalam kancah kesyiaaalan mereka.


Lebih aku terkilan, budak office aku yang bawak aku tu cerita, dorang nie jual barang kosmetik!! how dare you tipu aku bro?? ko mmg aku dah banned lam hidup aku sebagai kawan yang TAK BOLEH dipercayai.. haaa.. nak mengaku meh dalam komen box aku!!..


Kepada yang dah TERKENA, aku ucapkan takziah sebab aku tahu korang diperdaya dengan geng "haha" nie... ( nama HAHA nie aku panggil sebab doang nie suka HAHA je lebeyy)..Teruskan kehidupan walaupun kena tanggung hutang yang banyak setiap bulan. Lain kali, HATI-HATI!


Salam

No comments: