Tuesday, July 10, 2012

29 Februari: budi yang terkena sumpahan! by shahroll



As salam, hello readers...


Filem yang dijangkakan akan menemui penonton di pawagan pada 30 Ogos 2012 mengisahkan seorang jejaka bernama Budi (lakonan Remy Ishak) yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Tahun lompat la kan?

 Remy di stadium merdeka

Dikatakan filem ini filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia. Dengan kepakaran KRU dalam bidnag CGI yang tiada tolok bandingannya dengan produksi filem Hollywood, aku rasakan banyak kejutan yang bakal ditemui dalam filem ni.

 Remy bersama kekasih hati, Lily (berbangsa Cina)

Sinopsis untuk filem 29 Februari:-

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Peperangan dengan Jepun!


Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.


Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?

WHITE ONLY?? Racism!!!

No comments: