Thursday, August 10, 2017

5 tips untuk menjadi blogger yang terbaik by shahroll




As salam, hello readers...

Baru balik dari Mcdonalds di Kota Kemuning berjumpa dengan sahabat dari Kuala Langat berkenaan dengan website dan juga Online Marketing. tak lama sangat masa diambil, dari jam 8.45 malam sehingga 10.15 malam. Boleh dikatakan sebagai personal coaching untuk dia memahami selok-belok pemasaran online dan sebagainya.

Itu aku ceritakan di entry yang lain (entry khas tu!)


blogger shahrulhairydotcom 

Disebabkan aku belum mengantuk sangat sebab minum kopi arabic Mcd (sape suruh minum, kan!) boleh aku update blog aku ni. Ok, menjadi seorang ber-title 'blogger' senang sebenarnya tapi untuk mengekalkan kualiti yang baik untuk blogger, itu agak sukar. Jika tak kena gaya, mungkin korang akan di banned!

5 tips untuk menjadi blogger yang terbaik

1) Sentiasa up-to-date
Untuk yang sepenuh masa, aku tak hairan. Tapi kebanyakkan blogger, mereka membuat secara separuh masa (part time) atau sebab hobi sahaja. Jika tergolong dalam bukan sepenuh masa, make sure korang sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa (bukan gossip/backstabbing semata!) tapi ilmu-ilmu berkenaan bidang blogging itu sendiri. Paling kurang, boleh menonton di youtube berkenaan tutorial tentang SERP, Ranking etc

2) Membaca bahan-bahan terbaru
Membaca amalan mulia, kan? Aha, tapi berapa ramai yang suka membaca. Untuk blogger, nak tak nak perlu membaca sebanyak yang mungkin berkenaan dengan topik diluar bidang blogging. Contohnya, jika korang dibayar untuk membuat review tentang produk kesihatan, sekurang-kurangnya korang perlu baca kandungan bahan yang terdapat pada produk. Ditambah pula dengan info-info berkaitan yang perlu korang search di dalam internet, research time!

3) Seminar berkenaan Online Marketing
Ada masa kelapangan atau ada seminar free, boleh saja pergi melihat perkembangan terbaru atau inovasi yang diberikan oleh speaker yang memberi talk. Aku juga suka pergi ke seminar-seminar yang dianjurkan oleh SME Corp yang banyak sekarang ni tentang Online Marketing.

4) Bergaul dengan usahawan
Bukan bermaksud untuk mendapatkan job semata-mata, tapi kita boleh ambil atau "pinjam" semangat juang mereka dalam bidang business, serap ke dalam bidang penulisan blog. Bagaimana mereka membina business mereka, begitu juga kornag develop blog korang. Dah berapa tahun menulis, apa pencapaian korang yang terbaik setakat ni?

5) Be yourself
Ini paling penting. Kalau berblogging tapi bukan passion, bukan sebab minat dalam menulis, baik berhenti sekarang. Jangan jadi sampah dalam dunia blogging. Dunia blogging bukan sehari dua punya kerja kalau korang baru nak mulakan menulis hari ni. Dalam setahun dua, perlu banyak berkorban masa dan tenaga bagi mencapai hasil yang maksimum.


enjoy!



1 comment:

shamyheart said...

wah, bersemangat berblog. Best berblog ni