Thursday, February 09, 2017

Tarikan Pelancong dan Taiping Hotels




As salam, hello readers...

Pernah bercuti di Taiping? Mesti ada yang tertanya-tanya kan kalau nak bercuti ke Taiping, nak pergi ke mana saja ek? Haaa, bagi menjadikan percutian korang lebih bermakna, teruskan membaca apa yang aku nak share ni supaya korang tak terlepas untuk melawat tempat-tempat yang menarik. 

First of all, korang mesti berkunjung ke Taman Tasik Taiping yang merupakan sebuah taman rekreasi yang sangat cantik dengan barisan pokok-pokok hijau yang merimbun. Tasiknya memang luas! Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti trek jogging, taman permainan, aktiviti kayak dan banyak lagi. 

Pemandangan yang cantik ni pasti membuatkan korang tak berhenti-henti untuk tangkap gambar. Bagi pengantin baru sangat sesuailah kalau nak buat photoshooting di sini. Selain tu, terdapat juga beberapa hotel dan chalet Taiping yang berdekatan dengan tasik ni.

kredit: Google Image

Tarikan pelancong yang seterusnya ialah Zoo Taiping. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di sini, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah. Kalau korang nak tahu, zoo ni merupakan zoo yang pertama dibina di Malaysia dan terdapat pelbagai jenis spesis haiwan eksotik. 

Antara binatang-binatang yang pasti membuatkan anak-anak teruja ialah harimau belang, singa, zirafah, orang utan, badak dan macam-macam lagi binatang dari dalam dan luar negara. Di zoo ni juga menawarkan Night Safari dimana korang boleh melawat dan melihat aktiviti binatang pada waktu malam. Sangat menyeronokkan dan memang satu idea yang ideal untuk korang bawa anak-anak berjalan ke sini.

kredit: goticket.my

Selain itu, tempat yang famous untuk dilawati jika ke Taiping adalah Bukit Larut. Seperti Bukit Fraser, Bukit Larut juga merupakan salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang menarik. Selain memiliki kawasan hutan hujan yang cantik, korang juga boleh menikmati udara yang segar dan sejuk. 

Kalau korang larat, boleh saja naik ke puncak dengan hanya berjalan kaki melalui jalan tar ataupun laluan mendaki bukit tapi kalau nak senang dan cepat, korang boleh naik kenderaan yang telah disediakan. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah melawat ke taman bunga, mandi di Burmese Pool dan naik ke menara tinjau. Dekat atas menara tinjau ni korang boleh melihat keindahan panorama alam semulajadi yang sangat memukau perasaan.

kredit: malaysiasite.nl

kredit: Google Image


Haaa, ada yang suka menunggang kuda tak? Kalau korang nak cuba menunggang kuda boleh datang ke Taiping Equine Park. Sekali sekala dapat pengalaman yang menarik macam ni apa salahnya kan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Pasti mereka seronok. 

Selain menunggang kuda, korang juga boleh melawat ke kandang kuda, kawasan aktiviti dan terapi kuda. Yang paling best, korang boleh beli carrot di sini dan bagi kuda makan. Dah puas bermain dengan kuda, korang boleh cuba aktiviti naik jentera ATV pula di ATV Adventure Park yang hanya terletak bersebelahan saja dengan Equine Park ni. 

Korang boleh pilih pakej yang disediakan mengikut bajet korang. Nak masuk sampai ke dalam hutan dengan ATV pun boleh. Apa yang uniknya, kalau korang malas nak stay dekat mana-mana Taiping hotels, di sini terdapat bas lama yang telah diubahsuai dan boleh dijadikan sebagai tempat penginapan.

kredit: tripadvisor.com.my

Salah satu tempat penginapan yang best di sini ialah Kamalodge Taiping yang terletak di kawasan kaki Bukit Larut. Selain layanan yang sangat memuaskan, tempat ini juga mengutamakan keselesaan pengunjungnya dengan menyediakan pilihan bilik yang sangat sempurna. 

Bukan setakat selesa saja, malah persekitarannya cukup bersih dan cantik. Harganya sangat berpatutan. Sambil bersantai dan melihat anak-anak bermain di swimming pool, korang juga boleh try makanan-makanan yang sedap di café seperti aiskrim kek, float, sandwich, mushroom sup dan banyak lagi. Sesuailah untuk percutian bersama keluarga.

kredit: taipingtalk.com

Kalau korang nak bercuti secara santai-santai saja sambil mencari tempat makan yang best-best, korang boleh singgah ke Kuala Sepetang atau nama lainnya Port Weld. Tempat ni dikira tempat yang bersejarah juga sebab ia pernah menjadi sebuah pelabuhan yang penitng di zaman penjajah British dulu dan merupakan laluan keretapi yang pertama dibina di Semenanjung Malaysia. 

Kini Kuala Sepetang telah menjadi salah satu tempat makan best yang berasaskan seafood dan yang paling popular ialah Mee Udang. Memang wajib cuba! Banyak lagi makanan laut lain yang korang boleh cuba, apapun boleh ke sini untuk cuba sendiri menu yang ada di sini.



kredit: sawanila

Kalau nak mudahkan lagi perjalanan percutian korang, apa kata korang try tengok dekat Traveloka untuk tempah hotel pada rate yang paling best.. Hihi, 



Selamat bercuti!!


No comments: