Tuesday, January 31, 2017

Guna blog untuk business SEO di Google? by shahroll



Gambar diambil oleh Hanis Nor

Alhamdulillah, ada sikit masa untuk update blog kesayangan aku ni. Syukur kepada Allah SWT diatas keizinan-Nya juga aku dapat menaip seperti biasa. Apa eh nak cerita, sebab terlalu banyak story nak kongsi dengan korang semua. Melilau dah otak nak "muntahkan" story dalam ni. HEHE!

Tapi takpe, kita slowly go thru!

1) Alhamdulillah, dah setahun aku bergelar suami kepada Hanis Nor pada 27 December 2016 (1 year!). Syukur sebab isteri memahami tugas yang perlu dipikul atas nama amanah yang telah diberikan. Terima kasih stand by me! =)

2) Esok dah nak Februari. Sekejap je dah habis Januari 2017. Nampak kan masa semakin pantas lagi cepat bila akhir zaman ni? Aku sebenarnya nak kata, bila kita berada di situasi yang banyak kerja, masa tu memang pantas je berlalu, kan?

3) Currently sedang promote untuk buat platform Blogging+Instagram+Twitter+Facebook page untuk mereka yang berniaga online, tetapi ada kekangan bajet untuk buat website. Aku syorkan buat platform ni dulu sebelum boost up ke website. Aku punya harga termurah dipasaran. Boleh whatsapps: 012-3437359

contoh projek: Chokee Shah Alam blog (platform: Blogspot)


My concern untuk mereka yang nak kan pemasaran dalam online tetapi dengan bajet yang sederhana. Memang tak sampai beribu aku setup platform ni. Cuma ada beberapa perkara yang aku akan minta anda penuhi dan boleh terus membina platform tersebut.

Jika anda perhatikan contoh projek diatas, blog yang digunakan tema yang simple dan elegan. Di integrasi kan dengan jaringan sosial media (di bahagian atas menu) untuk membawa bakal pelanggan melihat update anda di laman sosial.

Dengan menu tab yang minima di blog seperti Home, News, Product, Contact dan Buy Here dapat memberikan impak kepada bakal pelanggan, apa yang perlu mereka lihat untuk business anda. Bukan suka-suka nak letak menu yang banyak dan yang penting, berserabut! Not nice ye =)

Kalau anda perhatikan, untuk Buy Here aku link kan terus ke facebook page. Kalau korang nak tahu, dalam FB page tu ada function e-Commerce so korang tak payah buat website e-Commerce kalau nak jimat. Guna sahaja Fb page tu ye! =)

Kalau nak borak panjang lagi pasal ni, boleh whatsapps aku untuk pass projek nak buat blog business ni. Untuk 5 orang pertama, akan bagi diskaun kaw-kaw punya!

best tak? =)

enjoy!






No comments: