Sunday, August 28, 2016

Pengalaman ke Pulau Perhentian by shahroll




As salam, hello readers...

Bercuti di Pulau Perhentian merupakan percutian pertama aku di pulau-pulau di Malaysia. Aku tak pernah pergi ke pulau untuk bercuti selain dari Pulau Indah (dekat dengan rumah!) huhu.

Kita start dari awal, ye?

Hari Pertama:
Aku naik bas ekpress dari Shah Alam (seksyen 13-stadium) ke Kuala Besut dengan Sani Express. Harga tiket untuk single seat adalah RM104 pergi dan balik. Bertolak pada jam 9.00 malam dan dijangka sampai pada jam 5.00 pagi (8 jam)

Aku nasihatkan, bila naik bas jam 9 malam, sila datang awal 30 minit sebab bas Sani Express dia on-time. Lambat kau bye2 lah.

Hari Kedua:
Sesudah sampai ke stesen bas Kuala Besut, korang kena jalan sikit ke depan untuk pergi ke Jeti Kuala Besut untuk pergi ke Pulau Perhentian. Jika korang ambil pakej dengan Myperhentian, semuanya sudah diatur. Senang kan?

stesen bas Kuala Besut

awal pagi pemandangan di Jeti

Aku sampai dalam jam 5.15 pagi kat sini. Ada masa lagi menunggu Subuh. Ada surau yang berdekatan korang boleh solat berjemaah dan kemas-kemas kan diri sebelum naik bot untuk ke Pulau Perhentian. Nak serapan pun ada kat jeti ni, jangan risau =)

Nasi Dagang Asli Terengganu

Selepas berserapan, aku naik bot bersama team yang lain. Masa yang diambil lebih kurang 40 minit dari jeti. Aku nasihatkan, kalau korang mabuk laut atau mabuk bot, bawak limau kasturi atau minyak angin. Kot la rasa nak muntah, cepat-cepat letak minyak! huhu..

fuhhhh!! merecikkk nauu...

Jeti Kuala Besut

Di tengah-tengah laut tu, aku check henpon masih ada line H+ ye kawan-kawan. So, boleh la snap-snap gambar then upload dalam Facebook dan Instagram sebelum line korang susut masa kat Pulau Perhentian. Ada tu ada juga line, tapi semput!

Memang nak suruh korang rehat sekejap dengan smartphone! hehe..

Dan bila ko dah sampai ke Pulau Perhentian.... taaaddddaaaaa...

Welcome, backpakers!!

Aku snap gambar jeti kat sini, sejurus sampai je kat Awana Resort. Kalau korang nak menginap kat resort, boleh check dengan ejen lain. Tapi kalau nak backpakers punya style, boleh contact Myperhentian la ye?

Nak tengok pakej-pakej yang disediakan? Lihat di bawah;


facebook: Myperhentian

Then, sebelum aku nak check-in resort, aku dibawa pergi ke port snorkeling di beberapa tempat snorkeling. Sebelum memulakan snorkeling, aku diajar menggunakan alat snorkeling tu, best!

credit: Myperhentian

Masa aku snorkeling tu, kejadian yang tak diingini berlaku. Disebabkan seronok sangat nak snorkeling tu, aku terlupa henpon aku kat kocek seluar. Dengan serta-merta henpon aku "mati" dan aku pun berHUHUHU!

Dan selama 2 hari juga aku tak online! ermmm.. memang menikmati habis percutian kali ni... hehe..

Lepas habis snorkeling, aku pergi makan tengahari dan pulang ke resort. Sebelah malam aku pergi makan malam+berborak-borak dengan team Myperhentian lepas tu tidoq!

Hari Ketiga:
Masih di Pulau Perhentian. Disebelah pagi menikmati udara segar sebelum nak pulang ke Shah Alam

pakej backpakers bersama Myperhentian

Jika korang berminat nak ber-backpakers dengan harga yang berpatutan, aku syorkan korang ambil pakej dengan Myperhentian. Seriusli aku cakap, kalau nak walk-in datang sini boleh je, tapi aku risau korang tak dapat tapak camp sebab penuh!

Bila dah ada services macam ni, memudahkan korang juga kan? =)

enjoy!




2 comments:

sitirohaida said...

wah...xtaulah bila nak sampai ke sana...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Siti:

Untuk tahun ni, sampai Oktober dah xleh kesana.. monsun =)