Monday, July 18, 2016

Majlis berbuka puasa bersama Raja Muda Selangor by shahroll




As salam, hello readers...

Agak kelewatan nak update pasal majlis berbuka puasa dengan Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor pada ramadhan yang lalu di Istana Alam Shah, Klang atas jemputan dari team Belia Selangor komuniti.

Tengku Amir

Majlis bermula pada jam 5.30 petang untuk mendengar tazkirah daripada Zain HD dengan tajuknya "Cool Muslims" yang berada di seluruh dunia. Dalam tazkirahnya banyak menekankan aspek rohani yang mana, seseorang muslim itu tidaklah dapat dinilai dari segi pakaian sahaja, ada banyak segi yang boleh menampakkan kita seorang muslim yang baik dengan menonjolkan akhlak yang terbaik.

Selepas tazkirah, Tengku Amir memberikan sedikit ucapan welcoming pada hadirin yang datang. Tengku sangat gembira dengan kehadiran yang datang memeriahkan majlis ilmu di Istana.

Berbuka dengan kurma dan sedikit kuih-muih lepas tu terus solat Maghrib. Selepas selesai, kami dibawa ke tempat santapan untuk berbuka puasa dengan makanan berat pula.

balai santapan @ Istana Alam Shah, Klang

Tengku Zata Shah & Husband dengan kerabat lain

Lepas makan, waktu untuk solat isyak dan terus solat sunat terawih sebanyak 8 rakaat. Alhamdulillah, lepas terawih ada moreh dan sesi secara in person bersama Raja Muda Selangor. Ada ramai yang berjumpa dengan RMS samada untuk memberikan jersey pasukan, cenderahati ataupun bergambar. 

Cool person, RMS!

abam SH with Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah

Terima kasih sekali lagi aku kepada Selangor Youth Community (SAY) yang menjemput aku ke Istana untuk majlis berbuka puasa. Memang tak pernah nak bermimpi nak berbuka kat sini, apatah lagi untuk bertemu dengan Raja Muda Selangor.

Syukur Alhamdulillah.

Jika korang nak tahu perkembangan Raja Muda Selangor, boleh LIKE di page Raja Muda Selangor-RMS untuk mereka yang mahukan perkembangan semasa RMS!

enjoy!




No comments: