Tuesday, July 19, 2016

Jubah Lelaki terbaik di online! by shahroll




As salam, hello readers...

Jubah ni sebenarnya aku tak pernah pakai masa aku bujang. Yeah, masa bujang ye! sekarang dah kawin, so kena ada perubahan citarasa sikit (elemen penuaan pun, ye jugak!). Memula tu macam kekok juga, tapi aku beli jubah RM50 sebagai langkah permulaan.

Beli di PKNS Shah Alam

Jubah aku beli ni tak ada brand pun. Yang ada kat belakang leher tu, Butik Asas label dia. Ok lah dari takde kan? So, bila dah sarung jubah, rasanya aku dah selesa nak pakai jubah untuk ke surau dan program-program agama ke ceramah ke atau paling tidak pun macam aku pergi majlis berbuka puasa dengan Raja Muda Selangor bulan lepas.

Tapi sekarang aku nak jual jubah yang ada jenama. Terima kasih kepada master stokis Jubah Abang Terlajak Laris (ATL) yang buka peluang untuk dropship. Yup, aku mulakan menjual jubah dengan dropshipper.

Contoh jubah lelaki yang dijual:




Jubah Lelaki ATL

Baru sebulan aku cuba menjual jubah lelaki ATL ni. Aku jual dalam IG instashop aku sahaja, @kedaiinstash untuk korang tengok semua koleksi jubah ATL ni. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan walaupun baru je aku menjual.

Harga?
Harga untuk satu jubah ATL adalah RM199 sahaja dan FREE postage! Bahan jubah yang sedap pakai dan terus terletak di bahu dan badan korang. Dalam IG aku tu ada size dia, boleh tengok ya!

Harga RM199 sampai akhir Syawal ini dan bila habis je, harga akan bertukar, mengikut harga asal yang telah ditentukan oleh master stokis!

enjoy!




No comments: