Monday, July 25, 2016

Facebook Ads tutorial- Bagaimana mahu setting Facebook Ads? by shahroll




As salam, hello readers...

Siapa kata berniaga online ni, senang aje? pernah dengar kan, orang kata camtu. Lebih kurang macam ni, "kau jual je dalam Facebook tu, free je. Tak payah bayar" part FREE tu memang aku setuju sebab Mark Zuckerberg bagi FREE platform yang dia cipta.

Tapi korang kena ingat, benda FREE tak selalunya FREE dan berguna untuk business korang. Sebab FB adalah company tech yang buat duit. Dan FB pun berniaga di pasaran saham (IPO) kan? maka, dah terang-terang dia buat duit dari Advertising yang korang buat dengan FB.

FB adalah tools yang hebat untuk masa ini disebabkan jaringan antara manusia sangat meluas! Oleh sebab itulah, FB salah satu platform yang business owner kena catch-up.

Case Study SH Network Media

FBads dari Laila Crispy Chips & Taste- Perniagaan Kerepek

Ini merupakan case study oleh SH Network Media yang menguruskan akaun Facebook page untuk business di atas. Terus terang aku cakap, bajet adalah sangat minima iaitu RM3.33 untuk di belanjakan selama 3 hari (RM10.00 sahaja) secara total. Kalau ada bajet yang lebih, korang boleh belanja FBAds RM2000 atau lebih untuk sehari.

Untuk setting apa semua, aku boleh tunjuk secara jelas bila korang buat sesi personal coaching dengan aku k? (iklan jap!)

Ok, tengok gambar kat atas aku ada buat petak merah dan kuning, betul? Ok, kat situ merupakan bagaimana korang perlu buat iklan yang simple, tak semak mata memandang bila nak buat FBAds tu. Sebab sesetengah FBads sangat lah semak copywriting tah pape, semua benda nak letak dalam long description (walaupun dia long, orang nak baca sangat ke? Oh!)

KOTAK MERAH ( ayat pendek untuk menjual/mencari)

1) Tulis headline dengan jelas seperti diatas "AGENT WANTED" atau lain-lain ayat, terserah kat korang. Sampaikan dengan jelas, apa yang korang mahukan. Kalau nak cari pemborong, letak situ "AKU NAK PEMBORONG!" pun boleh. Nothing wrong kalau dalam marketing ni.

2) Bagi basic description. Aku memang tak suka buat copywriting panjang-panjang, melainkan kalau owner sendiri tulis, aku bubuh je dalam iklan dia. Tapi aku lebih gemarkan yang pendek tapi padat. Itu penting.

3) Disebabkan FB dah boleh pakai hastag macam #lailacrispychipstaste korang gunakan hastag korang secara konsisten untuk bakal pembeli korang keep track apa yang dah korang update dalam FB.

4) Letak margin untung terus untuk menarik minat bakal ejen. Part ini kena bincang dengan owner, berapa margin profit yang boleh diberikan. Setelah dapat green light, letak je dalam description korang. Biar yang datang kat korang tu, dah tahu berapa dia dapat untuk jual 1 items. Mudah kan?

KOTAK KUNING ( tindakan segera/ Call To Action)

1) Dalam kotak yang ni, adalah sambungan dari kotak merah. Bila dah buat ayat-ayat cinta untuk menjual/mencari ejen, korang kena selitkan ayat-ayat tindakan segera macam kat atas tu. Paling kurang, letak nombor whatsApps business. Email tak payah, sebab nak leads bakal pembeli dalam database WhatsApps korang je.

2) Kata-kata "Hanya 10 orang sahaja diperlukan" sangatlah efektif baq ang! Sebab apa? dapat encourage orang yang baca tu, untuk buat keputusan yang cepat bila dah baca FBads korang ni. So, korang create lah kata-kata yang boleh orang tak senang duduk nak join korang, ok?

3) Bila dah setel, selitkan doa kepada Allah SWT dan tawakal. InsyaAllah!

selamat ber-FBads


enjoy!





2 comments:

Bro Framestone said...

Terima kasih untuk info ini.

nurmisnan said...

nice sharing. betui tu.. kekadang ayat punya panjang sampai malas nak membaca padahal dlm fb je.. manusiakan. ada je sifat malas.. hahaha