Thursday, October 22, 2015

Mini Konvensyen Kumpulan Inovasi Kreatif (KiK) peringkat Zon Tengah bersama 1PRO by shahroll




As salam, hello readers...

Pasal KiK dah lama tak update dalam blog ni. Bukan apa, dah lama tak aktif untuk ber-KiK untuk beberapa tahun ni. Tapi untuk edisi 2015, sebuah kumpulan baru KiK dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) iaitu 1PRO telah pun wujud bagi mengetengahkan sistem bagi meja rujukan.

gambar ihsan: Piko Taz (fb)

Ahli kitorang seramai 11 termasuk dengan fasilitator. Yang hadir pada hari konvensyen hari tu adalah seramai 7 orang semua sekali. Ada yang tak hadir disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, perjuangan 1PRO diteruskan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli kumpulan yang masih memberikan komitmen yang tinggi sebelum dan selepas konvensyen dianjurkan.

Seronok aku dengan kumpulan ni. Sebab aku suka bekerjasama dengan orang yang bagus dan terbaik dari segi kerja. Sebelah aku tu adalah Puan Jazz dan Puan Siti Aisyah Saadan. Ketua kumpulan aku adalah Puan Aisyah yang banyak membuat slide tentang projek kitorang ni. TERBAIK KETUA!

selpie dulu sebelum membentang projek

Di PTAR ada 4 kumpulan yang ada pada tahun 2015 ni. Ada kumpulan Keylite, Manhaj, Shine dan 1PRO. Alhamdulillah yang dapat anugerah kumpulan 1PRO untuk Anugerah Inovasi ICT dan juga Shine untuk Anugerah Kumpulan Berpontensi. Syukurlah!

masa membentang! heyy tido ke! HAHA... aku dulu bentang sorang-sorang, untuk kali ni ada partner. Suara dia pon best!

Aizat dan Puan Jazz. Suara mantap!

our team! 1PRO!

Pelbagai soalan yang ditanya oleh juri/panel. Yup, diakui kami selaku kumpulan baru dan rata-rata ahli yang ada juga masih baru dalam KiK agak gementar dengan soalan-soalan yang diajukan kepada kami. Setiap ahli tahu dan faham fungsi yang terdapat dalam sistem ini, tetapi kami serahkan kepada Ketua untuk menghadam semua soalan yang mereka tanya.

Aku juga ada mencelah, sebab panel nampaknya mula "memprovok" kitorang dengan soalan-soalan panas mereka. Kah!

SOARING UPWARDS!

enjoy!





2 comments:

abd rashid said...

Tahniah. Projek baik punya.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Encik Rashid:

Terima kasih encik rashid. Moga jumpa di Langkawi nanti (kalau dapat!) hehehe...