Monday, August 17, 2015

Klinik Noridah: Klinik pakar dalam OHD? by shahroll




As salam, hello readers...

Minggu lepas, aku sempat pergi berjumpa dengan salah seorang doktor di Klinik Noridah. Klinik Noridah ni terletak di pusat perniagaan seksyen 7, Shah Alam. Landmark senang, dekat dengan kawasan belakang UiTM (pintu belakang)


Signboard dia seperti dibawah;

Klinik Noridah
(Doktor Industri OHD, Pusat Vaksinasi, Klinik Pelajar)

Aku berjumpa dengan Doktor Shawal Hussin disini. Sebelum tu, kami bersua di dalam Facebook dalam masa yang sama aku running FBads pasal SH Network Media, iklankan services yang aku tawarkan.

selfie bersama Doktor Shawal+flyers services yang diberikan di Klinik Noridah

Walaupun pertama kali bersua muka secara realiti, Doktor Shawal memang seorang yang cepat mesra dan mudah memberi senyuman. Sambil bercerita tentang perkhidmatan yang disediakan di Klinik Noridah, ternyata ramai pekerja terutama dari sektor Oil & Gas mendapatkan service di sini.

Nama pun klinik untuk Occupational Health kan? HEHE!

pakej-pakej yang ditawarkan

Seandainya korang, pembaca shahrulhairydotcom ni kerja seperti di OFFSHORE ataupun yang bersangkut paut dengan Oil & Gas, Klinik Noridah ni paling minima sekali harganya iaitu dari RM400 hingga Rm1,500 sahaja. Dan yang paling penting, Klinik Noridah ni lengkap dari segi peralatan yang ada.

Tak perlu nak pergi ke tempat lain lagi. Hanya di Klinik Noridah. Kepuasan berurusan terjamin!

Jika pergi kesana dan mention "PEMBACA BLOG SHAHRULHAIRY" boleh berbincang dengan Doktor untuk dapatkan harga dan diskaun yang menarik! (rujuk: untuk perkhidmatan Occupational Health)

enjoy!





No comments: