As salam, hello readers...
Semalam, aku bersama Hanis sama-sama pergi ke Shah Alam untuk mencari sesuatu di kedai emas. Yup! Aku bakal bertunang dengan Hanis, pada ulangtahun aku yang ke-28 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Allah menemukan aku dengan seseorang yang aku sangat-sangat sayang akan dia. Dan, terima kasih kepada doa-doa kalian semua yang tidak putus memberi semangat, saranan dan motivasi.
*tarik nafas*
Okeh, aku diberitahu oleh rakan (kakak Hanis) tentang kedai emas Khaalish Jewel. Aku kurang mengetahui pasal emas, cuma tahu 916 dan kepingan emas. Lain dari tu, aku kurang kenal dan fasih.
staf Khaalish, Noni
Informasi yang aku dapat, di Khaalish Jewel emas yang dijual tidak dikenakan sebarang UPAH. Aku pun pergi ke sini semalam. 2 minggu lepas aku ke sini juga, tapi dengan mak aku. Harga untuk satu gram RM153, berbanding dengan semalam sudah mencapai RM159 untuk satu gram.
Peningkatan sebanyak RM6 untuk setiap gram.
Tak lama pun dekat kedai ni, sebab banyak barang lagi nak beli. Alhamdulillah semalam dah setel part untuk beli barang-barang yang bakal ditukar minggu depan.
Doakan yang baik-baik, ya?
enjoy!
No comments:
Post a Comment