As salam, hello readers...
Ketika ini, mungkin anda inginkan sebuah perniagaan yang boleh buat dirumah tanpa memikirkan masuk kerja seawal jam 8 pagi hingga 5 petang. Anda merancang masa berniaga anda dengan baik dan teratur. Dan mungkin, anda telah merancang untuk melakukan aktiviti perniagaan sebagai "dropship" ataupun "Agent"
Perancangan untuk membuka berniaga apa pun tiada masalah, yang cuma tersekat bila memikirkan cara menjual ataupun marketing channel yang mahu digunakan. Ada segelintir peniaga hanya ikut-ikutan cara orang lain berniaga, tetapi adakah ianya sesuai dan berkesan untuk perniagaan yang bakal kita jalankan?
sumber: Google Image
Saya berikan 1 case-study pengalaman saya sendiri
Masa mula mahu mengembangkan perniagaan Kerepek Pisang Laila Crispy Chips & Taste, beberapa idea dan cara pemasaran yang difikirkan bagus untuk memantapkan jenama kerepek tersebut. Lalu, beberapa idea tersebut seperti berikut;
1) Mahukan satu lama web yang bagus siap ada "Add Chart"
2) Perlukan 1 atau 2 channel yang aktif dalam media sosial
3) Email marketing untuk diberi kepada pemborong kerepek
4) Video marketing, post dalam Youtube untuk dapatkan reach
Kesemua idea tersebut saya bentangkan di atas sehelai kertas dan mula mencari titik permulaan untuk memulakannya. Dalam implimentasi, adalah agak sukar dan tidak sesenang kita mengeluarkan idea di atas kertas. Dengan kekangan bajet, masa dan tenaga hanya beberapa channel marketing yang saya boleh buat.
Idea nombor 2 dan 4 saja saya pilih. Sebab apa? oleh disebabkan saluran itu FREE dan skill yang ada membolehkan kerepek pisang tersebut dikenali oleh orang ramai.
Dengan itu wujudnya;
1) Facebook Page Kerepek Pisang Tanduk Laila Crispy Chips & Taste
2) Hastag Instagram #lailacrispychipstaste menjadi rujukan pembeli baru
3) Blog kerepek Laila Crispy Chips & Taste dibangunkan
4) 1 video "in the making" dihasilkan
Masa yang diambil diantara tahun 2012 hingga 2014. Dalam masa 2 tahun ini, menunjukkan perkembangan yang ketara dari segi penjualan kerepek dan banyak pembeli baru mula membeli kerepek dengan kerepek Laila Crispy. Samada melalui postage ataupun Cash On Delivery (COD) semuanya dilakukan sendiri oleh team Laila Crispy.
Moga bermanfaat untuk anda semua!
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
No comments:
Post a Comment