Monday, July 20, 2015

Netizen tak pernah tidur! by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, raya ke-3 aku sudah balik ke bandar untuk meneruskan kerja sehingga akhir tahun. Memasuki fasa bulan August, aku lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti kerja seperti biasa untuk marketing, blogging dan juga photography. Ada juga future client yang sedang menunggu quotation bagi perkhidmatan "social media awareness" aku untuk mereka.

Netizen yang tak tidur

Kenapa? Kenapa aku katakan begitu? Sebenarnya, sepanjang 3 hari di kampung, aku gagal untuk berinteraksi dengan virtual friends aku di Insta, FB dan Twitter gara-gara internet line tidak begitu memuaskan. Tapi takpe, itu membuatkan aku jauh melupakan smartphone dan "hidup" macam normal.

Kalau ada line pun sekadar G ataupun E. Not bad ha?

Lagi, sebelum aku balik ke kampung, aku keluarkan 2 artikel dalam blog untuk "kick" selama aku tak online, dan hasilnya juga memberangsangkang!

antara top post blog shahrulhairydotcom


Selalunya aku akan tengok perkembangan blog post aku di side ini. Nombor 1 hingga 3 menjadi keutamaan. Apa yang netizen cari, mahu dan lihat. Filem TEMBUS tu dah lama aku post, tapi kembali hits balik sebab ada tayangan raya untuk filem tersebut.

Apa petunjuk ini? Ini menunjukkan, netizen yang mencari informasi tak pernah lekang di PC, smartphone dan tablet untuk mengetahui dan mencari maklumat. Ini juga salah satu faktor terpenting dalam penjualan online. How can be related lah bro?

Itu aku cerita kat post entry lain, ok?


enjoy!




No comments: