Wednesday, June 17, 2015

Mana nak makan sedap di Sungai Buloh? Jom ke Restoren Tempayan!




As salam, hello readers...

Ahad yang lepas, aku sempat pergi ke Bandar Baru Sungai Buloh untuk pergi ke Restoren Tempayan, dikatakan menghidangkan juadah lauk-pauk Melayu Asli yang memikat selera pada waktu makan tengahari. Banyak lauk disediakan!

Restoren Tempayan, BB Sungai Buloh (bekas tapak Bank Rakyat)


penuh beb! lunch hour disini memang ramai customer datang makan

Waktu puncak adalah dari jam 12 tengahari sampai 3 petang. Kalau korang lambat lauk-pauk yang disediakan oleh Restoren Tempayan dikhuatiri habis ye. So, datang awal sikit. Antara gambar lauk yang sempat aku snap,

Asam pedas ikan pari, Asam pedas ikan kembong, 
pelbagai ikan goreng, kari kepala ikan dan lain-lain


pelbagai ulam-ulaman dan bahan cicah yang superb!

Dari segi dekorasi dalaman, ternyata selesa disebabkan ruangan yang luas, ada playground untuk kanak-kanak bermain (selesa betul mak bapak nak makan), aircond, tandas yang bersih dan lebih utama, ada surau untuk kita solat. 

Lagi, bilik VIP yang disediakan bila korang ada meeting dengan client ataupun business partner, boleh tempah bilik tersebut. Boleh menempatkan 8 orang dalam satu-satu masa.

tempat kanak-kanak bermain

Apa yang aku makan kat sini? Ada tarikan istimewa yang aku nak habaq kat korang! Menu makanan yang aku cuba ni, dah famous di serata bahagian Utara. Paddiaa?

set Ikan Bawal Tempayan

Ikan Bawal Tempayan digoreng tidak terlalu kering, sedap dimakan tengah panas dan campuran ikan bersama kari, memang A baq ang! Belum cicah dengan sambal kicap tu & sambal belacan. Ulaman yang diberi hirisan timun dan sedikit kacang panjang.

ikan bawal tempayan+kari = mantap!

Rempah yang digunakan seimbang dengan saiz ikan bawal tu sendiri. Tak terlalu "tenggelam" dengan bau dan rasa rempah sahaja. Portion nasi macam sikit, tapi bila dah makan, portion tu cukup untuk hidangan tengahari korang.

set Ayam Kampung Tempayan pun ada!

Nak makan kat sini? Kalau korang dari Shah Alam, dalam 30 minit dah sampai. Kalau dari Kota Damansara, 10 minit aje! Berikut adalah details Restoren Tempayan;

Restoran Tempayan, Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh,Sungai Buloh, Selangor
Waktu operasi : Isnin-Ahad (7am-12am)
No. tel: 03 6151 2221
No. faks : 03 6151 2221
Facebook : Restoran Tempayan



2 comments:

adda syuhada said...

saya pun suka makan kat sini..best!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

@adda

Oh really? u suka makan menu apa kat sini?