Thursday, June 18, 2015

4 hidangan terbaik ada di Restoren Tempayan Sg Buloh




Asam Pedas ikan pari (RM9.50/set)

Assalamualaikum guys! Selamat berpuasa diucapkan kepada semua. Review makan hari ini masih dengan menu di Restoren Tempayan dan aku akan review beberapa makanan yang special yang ada disini selain dari makanan lauk-pauk Melayu Asli yang mereka sediakan untuk pelanggan.

Menu sedap Restoren Tempayan;

1) Asam Pedas Ikan Pari
Gambarnya ada diatas dan harga untuk set tersebut adalah RM9.50 dibawa dalam periuk tanah lagi. Kuahnya pekat, rasa bendi segar dan yang penting sekali, ikan pari nya banyak! Sesuai dimakan untuk 2 orang. Asam pedas ini mengikut aliran asam pedas Johor ye!

Ayam Kampung Tempayan (RM9.50/set)

2) Untuk menu Ayam Kampung Tempayan, aku ada tulis dalam entry yang lepas berkenaan keenakkan rempah yang digunakan selain dari portion yang "ngam-ngam" untuk makan tengahari korang. Kari, sambal kicap+belacan dan ulaman yang ada di dalam set ini, membangkitkan lagi selera makan!

Nasi Ayam Tempayan (RM5.80)

3) Serius cakap, aku suka dengan Nasi Ayam kat sini. Lihat saja ayam yang berkilat (disapu madu ya!) dan sup memikat rasa. Ditambah pula dengan sos cili yang tidak berapa pedas dengan sos kicap yang tidak terlalu masin. Just nice! Kalau ke sini, jangan lupa order nasi ayam tempayan!

Mee Udang Beratoq!

4) Susah nak cari Mee Udang yang mangkuk besar? banyak udang? dan yang lebih penting, kuahnya yang lazat? Restoren Tempayan juga menyediakan Mee Udang Beratoq yang berharga RM15 (biasa) dan RM20 untuk (special). Selain dari udang yang sederhana besar, mee yang digunakan juga lembut dan tak rasa "pahit". Menu ini dihidangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Itulah dia menu-menu makanan yang paling latest disediakan disini. Mana satu pilihan korang? Semua nampak sedap kan? apa lagi, jom datang ke sini!

Selain dari makan tengahari, minuman petang turut diperkenalkan oleh Restoren Tempayan. Apa menu minum petang yang ada?

Lempeng Kari Ayam (RM4.00/set)


Cucur Udang (RM2.00/set)

Secara keseluruhannya, Restoren Tempayan menyajikan makanan yang berkualiti dan setimpal dengan apa yang anda bayar. Menu yang lazat dan kepelbagaian makanan yang ada memberikan banyak pilihan kepada pelanggan. Itu yang best!

Sebelum itu;

The Owner of Restoren Tempayan
Mrs. Aniza & Mr Shah Al-Hafiz

Restoran Tempayan, Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh,Sungai Buloh, Selangor
Waktu operasi : Isnin-Ahad (7am-12am)
No. tel: 03 6151 2221
No. faks : 03 6151 2221
Facebook : Restoran Tempayan




No comments: