As salam, hello readers...
Detik melangkah ke bulan Syawal kali ini cukup pantas. Sepantas berapa kau jogging di tasik Shah Alam dalam 3 jam tu. Aku baru nak rasa "nikmat" kepenatan puasa, terawih dan lain-lain yang aku rasa tak akan dapat dalam bulan-bulan yang lain. sungguh.
Tapi masa tetap terus berlalu dan pergi. Itulah tanda besar kekuasaan Allah yang kau tak boleh halang. Kau semakin tua dan tua, sedar-sedar masuk dalam van jenazah! huhuhu...
Kenapa aku rasa HAMBAR?
entah. "kosong" sangat tahun 1435 hijrah ni. Nak kata banyak masalah, yes memang banyak! Bukan masalah diri sendiri, tapi melibatkan masalah-masalah negara Malaysia ku terchenta kena pelbagai musibah di peringkat antarabangsa.
Allah menguji Malaysia.
Walaupun tidak tuju secara langsung kepada diri, tetapi masalah seperti kehilangan MAS MH370, lepas tu MH17 yang ditembak di Ukraine cukup membuatkan aku bimbang. Lagi, dengan penculikan di Pulau Mabul, tembak mati dan sebagainya bertambah-tambah lagi aku risau.
Dugaan apakah ini?
Jika disorot kembali, track rekod Malaysia selaku negara Islam yang moden tidak terlalu teruk. Boleh dikatakan Malaysia negara islam moden contoh kepada negara OIC yang lain. Mungkin ada yang membantah kenyataan aku, tapi inilah pendapat peribadi aku...
Semoga Malaysia dalam lindungan Allah sentiasa! Aminn...
selfie from shahroll blogger!
enjoy!
2 comments:
ada tepatnya... hmmm
Zul:
Hai bro! thx drop here... =)
Post a Comment