Saturday, July 19, 2014

N'Dah Catering "cut budget" jamu berbuka puasa? by shahroll




As salam, hello readers...

Agenda berbuka puasa bersama-sama rakan sekerja telah dibuat seminggu awal. Memang excited gila semua orang nak pergi berbuka puasa di N'Dah Catering yang terletak di belakang bangunan Lorenzo dan berhadapan dengan DEMC Shah Alam.

Harga untuk seorang berbuka secara buffet dan dibeli di Groupon Malaysia adalah RM35 (harga sebenarnya RM48+-)

Dengan kapasiti kawasan yang boleh dikatakan luas, kami semua diberi meja dibahagian belakang sekali dengan nombor 14 & 15. Ini kerana meja dibahagian depan diberi keutamaan untuk majlis bersama artis. Ok, memang tak dinafikan ramai sangat orang masa tu.

sempat snap sebelum balik

Makanan yang disediakan memang cukup banyak. Banyak lauk-pauk seperti sayur-sayuran, ikan, udang, siput sedut dan lain-lain yang biasa kita lihat di kedai restoren Melayu Kelantan. Kambing panggang ada hanya 1 ekor walhal ramai lagi yang nak makan ni?

Antara makanan yang sempat aku snap

Aku datang je terus terjah tempat pemanggang kambing. Nasib tak ramai orang sangat. Lepas Mahgrib baru ramai orang beratur. Mungkin sangkaan mereka lepas Mahgrib dah surut kot ternyata sangkaan itu meleset sama sekali. Ada yang komplen, "Belum sampai jam 8 malam makanan dah habis!" adakah berbaloi bayar dengan harga yang agak mahal tetapi makanan dah habis?

Dari segi pertambahan air minuman aku puji, memang dorang tambah dalam bekas air tu, tapi dari segi makanan, N'Dah Catering seakan 'cut budget' untuk untung lebih? Mana boleh macam tu, orang sekali je la datang tempat kau kan?

Satu lagi berkenaan pembahagian tempat untuk majlis-majlis bersama artis dan untuk orang perseorangan macam kitorang ni dah la bawak boss besar makan, letak meja jauh ke belakang. Setidaknya berikan tempat-tempat yang jauh sikit dari majlis artis-artis tu, tak lah terganggu sangat. Mohon N'Dah Catering ambil perhatian untuk ini.

Tepat solat disediakan di dalam bangunan itu juga. Terima kasih menyediakan tempat solat yang cantik macam tempat pelamin pengantin. Lain-lain ok saja.

enjoy!


No comments: