As salam, hello readers...
Al-Fatihah untuk semua penumpang dan doa, supaya mereka yang berada di dalam pesawat itu semuanya selamat. Aminn. *1 minit*
Baiklah, aku sebenarnya bersimpati terhadap keluarga mangsa dalam keadaan yang genting, mereka tetap tabah dan kuat menghadapi musibah yang melanda. Seluruh dunia mendoakan agar pesawat MH370 mendarat dengan selamat. Setidaknya, ditemui di suatu tempat yang selamat, Insyaallah.
Post entry ini, fokus kepada Kapten Zaharie Shah, kenapa?
Banyak spekulasi yang bertebaran di ruang sosial media samada di Facebook mahupun Twitter, mengatakan punca utama kejadian ini adalah berpunca dari kegagalan pihak juruterbang mengendalikan pesawat berkenaan.
Adakah dakwaan itu benar?
Kapten Zaharie Shah merupakan juruterbang MAS yang terbaik sekali dengan pengalaman 33 tahun dan jumlah penerbangan melebihi 18,365 jam semenjak tahun 1981! Ini dikukuhkan lagi, apabila beliau tidak membawa pesawat sebenar, beliau "berlatih" di rumah dengan simulator yang dibinanya sendiri!
Kapten Zaharie Shah
Jika tidak kerana "passion", aku rasa Kapten tidak perlu buat semua ini. Malah, oleh kerana passion-nya yang mendalam terhadap industri penerbangan, beliau menyertai forum komuniti yang berkaitan dengan penerbangan. Sila rujuk sini: SIM motion software forum
Lagi?
set DIY yang dibina oleh Kapten Zaharie Shah
Semoga kita tetap terus berdoa dan doa kepada seluruh anak kapal dan penumpang yang berada di dalam pesawat MH370. Jika pesawat itu patah balik ke Malaysia, sama-sama berdoa agar mendarat dengan selamat.
#PrayForMH370
rujukan utama tentang Captain Zaharie Shah: Sharelor net
No comments:
Post a Comment