Showing posts with label Malaysia Airlines. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Airlines. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

Apa usaha rakyat Malaysia (muslim) dalam misi mencari MH370? Solat Hajat yang tidak putus! by shahroll

Saturday, March 15, 2014



As salam, hello readers...

Dunia menyaksikan Malaysia menggunakan pencarian altenatif dengan pandangan yang salah. Kerana apa? kerana kesilapan dari kita sendiri. Tetapi tidak mengapa, tanggapan ini perlu diperbetulkan agar, masyarakat dunia tahu apa sebenarnya usaha rakyat Malaysia membantu mereka yang bertungkus-lumus dalam misi pencarian pesawat MH370

Sebenarnya, rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak putus-putus memanjatkan doa dan juga Solat Hajat bagi memohon kepada Allah yang Maha Agung memberikan petunjuk-Nya. Alhamdulillah, usaha itu nampaknya bukan sahaja dari rakyat marhaen, tetapi dari peringkat pemimpin negara itu sendiri


Solat Hajat untuk #MH370 di Masjid UiTM, Shah Alam

Jika difikirkan semula, ada hikmah disebalik semua kejadian yang Allah telah aturkan. Segala kemungkinan boleh terjadi walaupun kita mempunyai kecanggihan serta kemodenan yang ada. Aku juga tidak menolak kemodenan atau apa segala, tetapi usaha menjejak serta mendekati Yang Maha Esa juga perlu dipertingkatkan. Mungkin Allah menegur Malaysia dengan segala musibah yang melanda.

Doa untuk MH370

Doa yang kerap kali diulang-ulang selepas Solat Hajat oleh Imam

lagi?

Monday, March 10, 2014

Siapa sebenarnya juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Shah? by shahroll

Monday, March 10, 2014



As salam, hello readers...

Al-Fatihah untuk semua penumpang dan doa, supaya mereka yang berada di dalam pesawat itu semuanya selamat. Aminn. *1 minit*

Baiklah, aku sebenarnya bersimpati terhadap keluarga mangsa dalam keadaan yang genting, mereka tetap tabah dan kuat menghadapi musibah yang melanda. Seluruh dunia mendoakan agar pesawat MH370 mendarat dengan selamat. Setidaknya, ditemui di suatu tempat yang selamat, Insyaallah.

Post entry ini, fokus kepada Kapten Zaharie Shah, kenapa?

Banyak spekulasi yang bertebaran di ruang sosial media samada di Facebook mahupun Twitter, mengatakan punca utama kejadian ini adalah berpunca dari kegagalan pihak juruterbang mengendalikan pesawat berkenaan.

Adakah dakwaan itu benar?

Kapten Zaharie Shah merupakan juruterbang MAS yang terbaik sekali dengan pengalaman 33 tahun dan jumlah penerbangan melebihi 18,365 jam semenjak tahun 1981! Ini dikukuhkan lagi, apabila beliau tidak membawa pesawat sebenar, beliau "berlatih" di rumah dengan simulator yang dibinanya sendiri!

Kapten Zaharie Shah

Jika tidak kerana "passion", aku rasa Kapten tidak perlu buat semua ini. Malah, oleh kerana passion-nya yang mendalam terhadap industri penerbangan, beliau menyertai forum komuniti yang berkaitan dengan penerbangan. Sila rujuk sini: SIM motion software forum

Lagi?

set DIY yang dibina oleh Kapten Zaharie Shah

Semoga kita tetap terus berdoa dan doa kepada seluruh anak kapal dan penumpang yang berada di dalam pesawat MH370. Jika pesawat itu patah balik ke Malaysia, sama-sama berdoa agar mendarat dengan selamat.

#PrayForMH370

rujukan utama tentang Captain Zaharie Shah: Sharelor net