Tuesday, December 31, 2013

Konsert, Guling Kerajaan dan Selamat Tahun Baru? by shahroll




As salam, hello readers...

Malam terakhir dalam tahun 2013. Macam biasa, aku akan rangkumkan peristiwa-peristiwa BEST sepanjang tahun ni untuk aku baca pada tahun-tahun yang mendatang. Mungkin untuk anak-anak aku baca juga gitu! hehe...

Ok, sepanjang 2013;

#1- Dapat Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) untuk bahagian tempat aku kerja. Alhamdulillah, pencapaian tertinggi yang aku capai dalam pejawat awam di Shah Alam. Selama 7 tahun bekerja, dapat penghargaan seumpamanya. 

#2- Dapat booth terbaik/meriah di tempat kerja walaupun aku dan boss aku (lelaki) yang handle. Konsep dan idea aku untuk online dan offline game diterima dengan baik. Hoooyeahh!!

#3- Dapat mencurahkan bakti kepada komuniti setempat (Klang) dalam beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Klang dan aku sebagai penceramah jemputan. Terima kasih KKK yang memberi ruang dan peluang seumpamanya.

#4- Perkhidmatan jurugambar perkahwinan masih buat cuma agak selektif dengan pelanggan yang datang. Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum pelanggan yang kita berurusan itu berhak untuk berurusan dengan perniagaan gambar (selalunya clash tentang harga)

#5- Perkhidmatan yang baru aku berikan pada pembaca dan orang diluar sana. Dengan berbekalkan bakat dan kreativiti yang ada (pinjaman Allah) permulaan 2014 akan menjadikan perkhidmatan suntingan video dan blog development (for small business) menjadi teras penjanaan wang sampingan. Insyallah, tak lama lagi untuk "berjuang". Doakan!


Gambar Hiasan: Google Image

Itulah antara rangkuman yang aku rasa BEST untuk dikongsi. Lain-lain macam biasa, tak payah cerita pun. Perihal kehidupan naik dan turun tu, biasalah kan? Simpan dalam memori sendiri cukup =)

Oklah, kata malam tahun baru kan. Mesti ada konsert-konsert yang dianjurkan di sini (Malaysia) tetapi ada juga event yang lain berlangsung ketika ini. Mereka menamakan "Perhimpunan Aman: TURUN". Aku masih menanti laporan utama (Facebook News Feed) tentang keadaan disana. Masih terkawal.

Itulah "keunikan" di Malaysia sekarang dan ketika ini.

Selamat Tahun Baru 2014!

enjoy!


No comments: