Monday, December 30, 2013

Susah ke belajar Bahasa Mandarin? by shahroll




As salam, hello readers...

Imbau kembali 3 tahun lepas, masa tu aku baru ambil Mandarin 1. Masa tu juga, aku masih bersama rakan-rakan seperjuangan dalam semester yang sama. Dan sekarang, hanya aku masih belum habis belajar lagi. Masih berbaki 6 paper

Mandarin 2 adalah kesinambungan untuk Mandarin 1. Ya, mungkin laoshi (cikgu) dah tak ingat kat aku masa mengajar di UiTM Shah Alam. Ya, mungkin. Sebb pada Sabtu lepas, aku menghadiri seminar pertama di UiTM Puncak Alam untuk kelas beliau dan ternyata dia tak ingat langsung.

Bukan salah dia pun, 3 tahun rasanya cukup lama dah tu.

dalam kelas... bukak laptop, sebab tak print PDF yang diberi...

Susah ke belajar Mandarin?

Nak kata susah, tak juga. Nak kata senang tak juga. Terpulang kepada tahap kecekapan dan kefahaman masing-masing. Mandarin 1 boleh dikatakan senang tetapi bila di tahap 2, mesti ada susah sikit. Tapi menurut laoshi, susah tu bila pelajar tak mahu menolong diri sendiri, itu akan jadi susah la.

Bagi aku, ini adalah peluang keemasan untuk meningkatkan nilai tambah diri untuk masa depan. Walaupun hanya asas, aku percaya dengan asas yang kuat dan teguh, dapat pergi ke peringkat seterusnya. Mungkin ke advance Mandarin? =)

Xiexie!


No comments: