Sunday, December 29, 2013

Catatan rakyat marhaen: Ahad malam di Giant, Bukit Tinggi Klang by shahroll




As salam, hello readers...

Hujung bulan, tentunya barangan untuk bahan kering sudah habis untuk sebulan. Dan, Giant adalah tempat setiap bulan kami berkunjung untuk mendapatkan bekalan itu. RM400++ perbelanjaan untuk satu troli penuh dengan pelbagai barangan seperti gula, beras, tepung, susu pekat manis, pencuci baju dan sebagainya.


sumber: Google



Hampir mencecah ke RM500 sebenarnya.

Abah aku pakar dalam membeli-belah. Aku? Tidak. Aku lebih suka tunggu diluar, sementara adik-adik perempuan aku menemani abah aku di dalam. Aku suka memerhati. Bukan perhatikan awek-awek Melayu lalu-lalang di Giant. Bukan.

Tapi aku suka memerhati gelagat manusia yang datang ke Giant. Ada yang sihat walafiat, ada yang bertongkat, ada yang sakit tapi mahu juga berjalan-jalan bersama anak menantu dan lain-lain. Tambahan pula, malam ni hujan agak lebat, makanya banyak juga kereta-kereta bersesak parkir di depan pintu masuk.

Mana tiada kereta, teksi menjadi pengangkutan utama untuk datang ke Giant. Hermm, bayarannya sekitar RM5 (yang aku tahu) mngkin lebih. Tidak mengapalah, janji sampai untuk membeli-belah disini.

Warga asing juga suka berbelanja. Lebih-lebih lagi Bangla. Di Klang, banyak juga pendatang seperti Vietnam, Indonesia, Myammar dan China disini. Tapi, yang menonjol warga Bangla. Mungkin populasi mereka di sini saban tahun meningkat kali?

Lepak di Giant sambil minum air teh brew kegemaran aku, Jasmine Milk Tea menjadi kemestian. Each A Cup itu berharga RM4.60 untuk saiz besar. Cukup menenangkan disamping dengar suara riuh kanak-kanak yang bermain di playground yang disediakan.

*pejam mata*


.......... bersambung.....


2 comments:

Geng Borak said...

oooooo... ko malas nak pilih barang dan tolak troli yea... hik3

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kid:

HAHA! tukang tolak troli dah ade.. so aku x perlu sibuk2... hahaha~