As salam, hello readers...
Alhamdulillah selesai saja pepriksaan akhir untuk paper OMT155 (Interpersonal Communication) di Dewan Agung Tunku Canselor, aku bergegas ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk renew geran kereta. Nama abah aku, aku cuma wakilkan saja. Nasib agak baik sebab tak ramai sangat orang berurusan untuk LKM.
Kaunter yang aku maksudkan
gambar: Aiza Aziz blog
#1- Pergi ke kaunter, mintak borang renew geran kereta. Borang dia sehelai saja. Belah atas untuk diisi oleh empunya kereta dan belah bawah untuk wakil. Isi mana yang patut sahaja.
#2- Setelah diisi bersama dengan photostat IC (depan dan belakang), korang terus ke tingkat satu Pintu 7. Disana korang dapatkan number giliran di pintu masuk tersebut. Selalunya kaunter no. 26 akan melayan urusan korang.
#3- Tiada bayaran dikenakan jika geran korang masih ada. Aku tadi FREE je tanpa dikenakan sebarang bayaran. Kalau geran kereta korang hilang tapi nak buat baru, tu kena bayar lah. Berapa RM aku tak pasti sebab aku tak tanya pula pasal tu. HEHE
Kira-kira hanya 30 minit saja urusan aku dah pun selesai. TERBAIK JPJ! memudahkan rakyat untuk memperbaharui geran kereta. Dan, aku saja tengok ke bahagian jualan no.plat kereta, yang paling baru sekarang bagi Selangor adalah BMH =) best gak tu...
enjoy!
No comments:
Post a Comment