Monday, October 07, 2013

12.3% kunjungan pelawat blog shahrulhairy dot com dari Republik Singapura? by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, masih bersemangat untuk update blog di tengah malam walaupun esok hari untuk bekerja. Saya suka hari Isnin! (sila muntah!) HAHA.. Entry kali ini berkenaan dengan apa ya?

Berkenaan dengan peratusan pelawat dari Singapura?

Ok, tak faham kan? Apesal nak kepoh pasal hal ni ek? Baiklah, disebabkan aku teruja sangat-sangat dengan hal ini, aku tunjukkan korang kedudukan blog aku ini di Republik Singapura via Alexa;


klik pada gambar untuk paparan jelas

Menurut laman web Alexa, blog aku telah tersenarai dalam kedudukan 14,287 di Republik Singapura membuatkan aku teruja sangat sampai nak buat entry ni. Selain dari Alexa rank, rujukan dalam Google Analytic memberikan aku gambaran tentang pelawat-pelawat blog aku dari seluruh pelusuk dunia. Cuma Alexa aku tak tahu bagaimana perkiraannya untuk tersenarai seperti ini.

Mungkin aku kena buat research sikit lah ye bagaimana Alexa mengindeks blog-blog yang disenaraikan dalam satu-satu negara. Kalau nak ikutkan, blog aku ramai juga pelawat dari Indonesia, tapi blog aku tak ada dalam senarai Alexa rank di Indonesia? HUHU...

Ada sesiapa yang pakar Alexa disini?


No comments: