Friday, September 27, 2013

Sertai komuniti bloggers di Google Plus! by shahroll




As salam, hello readers...

Jika kebiasaannya kita menyertai group atau pages komuniti dari Facebook dengan "Like" atau "Join Group", cerita yang sama juga di Google Plus. Apa yang menarik komuniti dalam G+ ni? Secara asasnya, fungsi tetap sama untuk perkongsian maklumat dan informasi cuma cara penyampaian berlainan.

Berlainan macam mana?

Kita boleh mencari niche komuniti yang kita ingin sertai. Jika korang seorang blogger professional, maka niche "Blogging" boleh disertai.  Ada komuniti dari Malaysia dan luar negara.  Secara peribadi, aku lebih suka menyertai komuniti dari luar negara kerana dapat mengetahui lebih maklumat dan tutorial.  Masih lagi belajar bagaimana menjadi seorang blogger seperti mereka

contoh niche dalam Google Plus

Aku baru saja explore komuniti dalam Google Plus. Selama aku menggunakan G+, jarang sekali buka menu-menu yang ada. Petang tadi baru berhajat membukanya disebabkan mahu menyebar luas pembaca blog dari seluruh dunia (walaupun blog ini Bahasa Melayu). Aku merasakan komuniti di sini agak ramai dan sesuai dijadikan tempat "ping" URL blog walaupun ada yang meletakkan tanda amaran awal-awal lagi supaya tidak "spam" link blog terlalu banyak dalam satu-satu masa.

Kalau korang Google Plus user, jom ke sana: Google Plus Community

enjoy!


1 comment:

Nadia Johari said...

banyak dah komuniti bloggers sekarang