Wednesday, August 28, 2013

THE GREAT HONDA HYBRID DISCOVERY





As salam, hello readers...

Menaiki jentera hebat ke Melaka adalah satu pengalaman yang mengujakan untuk SH dan juga rakan blogger, Ruby. Kami berdua menempuh perjalanan sejauh 135 kilometer dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan menggunakan Honda CR-Z CVT Hybrid. CVT disini membawa maksud Continuously Variable Transmission (kereta Automatik)

Punca kuasa utama:
Honda CR-Z CVT menggunakan enjin 1.5-liter i-VTEC sebagai punca kuasa penjanaan. Ia juga menggunakan motor eletrik yang dipanggil sebagai Integrated Motor Assist atau IMA. Dengan gabungan ini, pengguna dapat merasakan penjimatan minyak dengan menggunakan mode ECON, penggunaan yang santai dengan penggunaan mode NORMAL ataupun ingin kelajuan yang tinggi dengan penggunaan mode SPORT. Honda memberikan anda 3 pilihan dalam keselesaan untuk memandu.


Sepanjang pemanduan SH ke Melaka, kereta dalam mode NORMAL dimana SH ingin merasakan pemanduan yang santai. Walaupun begitu, dalam mode NORMAL juga dapat mencapai kelajuan sehingga 138km/j dan bayangkan jika menggunakan mode SPORT pasti lebih dari itu. 

Selain itu juga, dalam keadaan kereta berhenti untuk menunggu lampu isyarat dalam mode NORMAL, seakan "enjin berhenti" walaupun itu sebenarnya adalah Auto Idle Stop. Bila anda menekan pedal minyak, kereta kembali berfungsi seperti biasa.

Kawalan stereng kereta yang padu dipadankan pula dengan suspensi yang mantap menjadikan pemanduan dan pengawalan sungguh dinamik. Dari segi dalaman juga menarik dan cantik dalam kelompok kereta sport. Nanti SH kongsikan gambar-gambar dan video ringkas dalam Youtube.

OK itulah dia serba sedikit informasi dan pengalaman dengan jentera Honda CR-Z CVT ini. Apabila SH berkunjung ke Melaka iaitu Bandaraya Bersejarah, ia menyimpan 1001 khazanah yang tidak ternilai. Samada tinggalan sejarah seperti Kota A Famosa, perigi Hang Tuah, Kampung Portugis, Kampung Ketek dan bermacam lagi. Tapi ada satu lagi tempat yang SH rasa patut diketengahkan sebagai destinasi pelancongan dan tempat ini "rare" yang tidak berapa dikenali oleh orang ramai iaitu kawasan padi Bukit Rambai.

Kita lihat video ringkas ini;

Seperti kita maklum, jelapang padi di Malaysia adalah di negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor. Jarang Melaka ada perusahaan padi. Untuk pasaran domestik mungkin? Apa pun, kawasan padi disini sungguh indah dan cantik lebih-lebih lagi diwaktu matahari terbenam dan tempat ini juga sesuai dijadikan untuk membuat penggambaran drama dan filem.

Sekeping gambar berbicara;

Honda memelihara alam semula jadi dengan kereta Hybrid

Seperti yang kita tahu, bagaimana Negeri Melaka memelihara khazanah-khazanah mereka yang tidak ternilai itu dengan baik dan cekap, begitu juga dengan prinsip Honda dalam mengeluarkan kereta-kereta model Hybrid ini. Dengan penggunaan yang meluas, ianya mampu menjaga alam sekitar dengan lebih baik. 

SH juga melawat tempat lain selain di Bukit Rambai. Gambar seperti dibawah;

Masjid Selat | Klebang (coconut shake) dan Asam Pedas (Dataran Pahlawan)

Jonker Walk!

Walaupun banyak berjalan-jalan dengan menggunakan kereta Honda CR-Z CVT ini, penggunaan minyak sangatlah menjimatkan. Mula-mula Ruby ke Hang Tuah Center dan SH pula ke Bukit Rambai yang jauh dari pusat bandar. Semua tempat yang dijejaki jauh-jauh belaka.

bersama staff di sana

Apa yang berlaku di Honda Hybrid Family Road Trip 2013 di Dataran Pahlawan?

Ketika kami sampai disana, pelbagai booth dibuka dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk golongan kecil hingga ke dewasa. Pentas utama berhadapan dengan Show Room Honda yang menempatkan model-model Hybrid seperti Jazz, Insight, CR-Z dan Civic.


SH mencuba game di booth Honda

Di dalam booth Hybrid Discovery, anda akan mendapatkan pelbagai informasi berkenaan dengan Hybrid sistem. Ada game, ada Dark Room (seperti tayangan animasi) dan mengayuh basikal untuk menjana tenaga. Best kan?






Banyak aktiviti yang menyeronokkan! Tak rugi datang ke sini

SH merasakan tarikan utama Honda adalah dengan adanya sesi "test drive" dimana anda berpeluang panju uji kereta yang anda minati. Dengan mendaftarkan diri di booth Hybrid Test Drive Zone, maka anda bersama dengan seorang staf Honda boleh berjalan-jalan dengan kereta Hybrid.


Jika anda merasakan masa test drive tidak cukup lama, apa kata anda memandu uji kereta Hybrid ini untuk 3 Hari 2 Malam pula. YA! betul. Honda memberikan anda 3 Hari 2 Malam untuk anda. Sila daftarkan diri anda di SINI


Terima kasih kepada Honda Malaysia dengan peluang yang diberikan kepada blogger-blogger untuk memandu uji kereta Hybrid mereka. Anda boleh melayari Facebook Pages Honda Malaysia untuk melihat update yang terkini tentang road trip mereka ditempat lain.

The Power Of Dream!


No comments: