Saturday, August 24, 2013

Overview Car: Honda CR-Z Hybrid 2013 by shahroll




As salam, hello readers...

Secara tiba-tiba ada post pasal kereta import dalam post aku kali ni? Honda CR-Z pulak tu? HAHA! bukan apa, sebenarnya aku excited nak bagi tahu korang semua yang aku diberi kesempatan (terima kasih Allah) untuk mengulas kereta Honda CR-Z ini. Tapi bukan sekarang la eh, sebab esok (Sabtu) baru merasa nak drive bersama rakan blogger yang lain.

perfect car!
picture: Google Image

Banyak reviews aku tonton dalam Youtube dan blog-blog luar negara bercerita tentang kereta baru Honda CR-Z ini. Korang juga boleh baca dalam laman web Honda Malaysia di SINI. Untuk kereta sport begini, harga yang ditawarkan adalah yang rendah berbanding dengan kereta sport yang lain. Wohooo! harga dia bermula dari RM115,747.50 (tanpa Insurance) dan RM119,643.50 (dengan Insurance)

I love White!!

Purple pun nice juga...

Aku suka kereta Honda CR-Z bukan setakat design dia yang elegan dan dinamik, Honda merupakan pengeluar kereta yang mementingkan design interior nya. Dan paling best, ada "peti sejuk" dalam Honda CR-Z ni ok? HEHE!

OMG! OMG! uhuhu...

Video Promo Honda CR-Z

Ok lah, tak sabar nak tunggu test esok. Korang boleh ikuti perkembangan aku semasa review kereta tu nanti dalam Instagram (ID: shahrollphoto) aku atau Twitter (@shahroll) k?

enjoy!


No comments: