Friday, August 16, 2013

My dream honeymoon destination…




As salam, hello readers...

Setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin, pasti menginginkan tempat berbulan madu untuk meluangkan masa berdua disamping melawati tempat-tempat yang menarik sepanjang bulan madu berlangsung. Samada di dalam negara mahupun diluar, bergantung kepada bajet masing-masing.

Aku juga memasang impian yang sama. Berbulan madu bersama pasangan. Boleh dikatakan aku sangat mengidamkan tempat berbulan madu seperti di Bali, Indonesia. Mengapa di Bali?

daerah Ubud, Bali, Indonesia

Seperti kita sedia maklum, pusat pelancongan di Bali menawarkan pakej-pakej yang berpatutan dan sesuai dengan bajet tidak terlalu tinggi. Faktor selainnya, Bali juga dilihat sebagai tempat paling romantik bagi pasangan berkahwin berlibur (ruj: somewhereorbust blog)

Aku mahu berbulan madu disana kerana kagum dengan landskap semulajadinya yang bersih, nyaman dan juga tidak tercemar dengan pembangunan ekstrem. Semacam terjaga keindahan flora dan fauna disana. Berbekalkan minat dalam dunia fotograpi, aku juga suka merakamkan gambar-gambar disana diabadikan dalam album bulan madu aku nanti.

Sebagai contoh gambar-gambar di dalam Google Image; *berangan dah ni*





 Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan tempat yang serba indah!

Bagaimana makanan di sana?

Aku akan introduce kepada anda yang boleh menyediakan makanan HALAL 100%. Jangan risau tentang makan di sana, semuanya akan ditanggung beres oleh tour kita dari Malaysia.

Aku mencari-cari juga pengalaman orang lain menerusi laman Youtube. Well, tengok gambar saja mesti bosan. Kita lihat pengalaman mereka berbulan madu yang diabadikan dalam channel mereka;

video by: Derek Dockendorf

Boleh tak aku katakan, aku nak semuanya ini dengan PERCUMA? Yes! berbulan madu tanpa mengeluarkan wang untuk percutian ini? Aku katakan YA, anda boleh mendapatkan semuanya ini dengan PERCUMA sahaja. Terima kasih kepada TAREEQ AL JANNAH yang menyediakan hadiah seumpama ini.

Honeymoon package yang terdapat di dalam laman sesawang TAREEQ AL JANNAH boleh dilihat di SINI. Terima kasih juga kepada Iluvtour dot com yang menyebarluaskan info ini didalam blog mereka yang superb awesome travelog. Korang masuk layan entry-entry mereka yang best!

Anda tunggu apa lagi, bloggers? Jom post entry untuk mendapatkan percutian hebat di Bali, Indonesia!

enjoy!

p/s:
BIG thanks to TAREEQ AL JANNAH as a sponsor and Iluvtour dot com as a organize!


"Welcome to Bali"


2 comments:

Unknown said...

singgah dan follow sini...
Good luck... ^^
semoga hajat tercapai.. ^_^ Amin!

jemput singgah..

http://diaristira.blogspot.com/

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Tira:

Hye Tira! thanks singgah to my blog. wait my kunjungan balas k? =)