Friday, August 16, 2013

New Marketing Tools: LIKE, SHARE & TAG @ Facebook by shahroll




As salam, hello readers...

Medium pemasaran dengan gaya terkini sangat mudah. Dengan guna Facebook. Mengharapkan pada 950 juta pengguna aktif Facebook serata dunia, para marketer seakan "ghairah" dalam melaksanakan misi menonjolkan sesebuah brand, produk ataupun syarikat. Jika tidak menggunakannya, seakan ketinggalan zaman pula.

Walhal, terdapat juga yang masih menggunakan tools tradisional dengan memasang banner, flyers, voucher, kupon, bunting yang berbentuk fizikal. Point sama saja, Business-to-Consumer (B2C). Mungkin bila memikirkan costing yang agak tinggi, cara online dikatakan lebih menjimatkan.


picture: Google Image

Memang benar, penangan "Like" dan "Share" didalam Facebook berkesan sampai target kepada kumpulan sasar iaitu pembeli. Bukan semua akan menjadi pembeli dan pengguna anda sekalipun, tetapi brand anda telah dilihat oleh mata mata yang melihat.

Tetapi tidak pada "Tag" dimana aplikasi ini tidak sesuai digunakan oleh sesetengah marketer untuk mempraktikkannya untuk menonjolkan brand anda. Aku juga membuat perkara begini dulu dan aku sedar ini adalah kesilapan besar. Peraturan dalam Facebook juga telah dinyatakan tentang tag ini (ruj: Tag on Facebook Rule)

Apabila "Share" terlalu banyak dilakukan oleh akaun persendirian mahupun Facebook Pages, ini boleh dikatakan sebagai "Viral" di dalam Media Sosial. Sebagai contoh apabila tersebarnya video "Suami memukul isteri didalam lif" menjadi hanggat dan mendapat tumpuan di dalam media arus perdana dan juga pihak polis!

Well, social media is serious business nowaday =)

enjoy!

No comments: