Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Al-Mubarak 2013: Apa yang best? by shahroll




As salam, hello readers...

Dah masuk 5 Ramadhan 1434 baru nak update. Maaf, penulisan blog seringkali tertunda dengan kerja-kerja lain. Update Twitter dengan FB selalu lah. FB pon kekadang, banyak handle pages sampai lupa nak update dalam profile. HEHE! so, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini dan jangan lupa juga, banyakkan amalan-amalan yang boleh melipat gandakan pahala kalian semua.

Menyorot kembali 5 hari yang lalu, berita-berita di dalam FB berkisarkan tentang puasa lah, Kalau tak bazaar ramadhan, cerita tentang juadah berbuka puasa. Itu normal. Sebagai kawan-kawan, kita kena paham jugak dengan telatah manusia yang pelbagai ragam. Bukan ke itu indah?

Sebelum masuk Ramadhan, aku ada teringin nak makan satu ni. Udang tempura! Entah lah, mungkin sebab dah cuba makan-makanan jepun tempoh hari kot?

Aku buat special tuk mak aku!

Aku beli kat Segi Fresh, Telok Panglima Garang

Aku ikut lah step dia, letak air 200ml. Tapi apa yang jadi? CAIR! perghh. Tak menjadi tempura aku. Udang yang aku beli di Tesco (RM4.00+-) jadi macam gorengan biasa aje. Hampeh punya manual. Dah berlebih tepung tu, aku masukkan bahan-bahan lain macam sosej, tofu kering & basah. Layan...

cool? HAHA!

Mende simple ni kornag leh siapkan dalam masa 20 minit aje termasuk nak buat plating bagai. Aku tak le pandai sangai bab nak hias2 ni, tapi dah selalu sangat tengok channel AFC kat Astro tu, sikit lah pandai. HAHA.

enjoy!

No comments: