Wednesday, July 03, 2013

Facebok Pages: Macam mana nak tengok data dalam pages? by shahroll




As salam, hello reader...

Tutor malam ni agak simple aje sebenarnya. Berkaitan dengan Facebook Pages. Korang ada? kalau korang seorang peniaga online, tentunya korang dah mahir dengan data/statistik yang diberikan dalam FB pages korang tu. Aku lihat, ada juga yang pakai Profile ID FB untuk bisnes online mereka. Bagi aku, korang tak dapat nak measure (mengukur) seperti yang ditawarkan dalam FB Pages.

Ok lah, jom tengok apa yang ada;

overview statistik FB Page

Dalam FB Pages, dia ada beberapa menu utama iaitu Overview, Page, Post dan People. Kesemua menu ini akan memaparkan data yang korang boleh analisa tentang pages anda handle. Dan data yang dibekalkan adalah last 7 hari.

Overview memaparkan kepada korang secara ringkas sahaja. Korang kena pergi ke menu-menu yang ada untukmelihat secara detail.

Page

sebahagian dari menu page

Untuk menu ini, korang dipaparkan 3 sub-menu lain iaitu Page Likes, Post Reach dan Page Visits. Korang boleh memilih dari tarikh bila ke tarikh yang korang mahukan. Ini semua penting jika pages anda dibuat untuk menjana pendapatan melalui pendapatan iklan.




Post

part ni penting

Ciri menarik ini didatangkan dengan menu Post. Kenapa menarik? ini kerana, korang boleh membuat penilaian dengan kekerapan fans korang yang online (seperti gambarajah diatas). Dengan cara ini, korang boleh blast iklan pada waktu yang sesuai. Bukan main hentam aje eh? HAHA.

People

Lelaki atau Wanita fans korang paling banyak?

Antara menu paling kritis untuk dinilai oleh Pages Manager. Dalam menu People, korang dihidangkan data dari segi umur, jantina, lokasi dan bahasa. Dalam kes aku, pages shahrulhairy dot com jurang antara lelaki dan wanita agak tipis dengan lelaki melebihi 2% dari wanita. Ini memberikan gambaran jelas, siapa target market korang dalam FB Pages.

Serba sedikit ilmu malam ni. Lain malam share mende ni lagi dengan lebih "deep". Ini tutor ringkas aje, sebagai pengenalan. HAHA!

enjoy!

No comments: