As salam, hello reader...
Tutor malam ni agak simple aje sebenarnya. Berkaitan dengan Facebook Pages. Korang ada? kalau korang seorang peniaga online, tentunya korang dah mahir dengan data/statistik yang diberikan dalam FB pages korang tu. Aku lihat, ada juga yang pakai Profile ID FB untuk bisnes online mereka. Bagi aku, korang tak dapat nak measure (mengukur) seperti yang ditawarkan dalam FB Pages.
Ok lah, jom tengok apa yang ada;
overview statistik FB Page
Dalam FB Pages, dia ada beberapa menu utama iaitu Overview, Page, Post dan People. Kesemua menu ini akan memaparkan data yang korang boleh analisa tentang pages anda handle. Dan data yang dibekalkan adalah last 7 hari.
Overview memaparkan kepada korang secara ringkas sahaja. Korang kena pergi ke menu-menu yang ada untukmelihat secara detail.
Page
sebahagian dari menu page
Untuk menu ini, korang dipaparkan 3 sub-menu lain iaitu Page Likes, Post Reach dan Page Visits. Korang boleh memilih dari tarikh bila ke tarikh yang korang mahukan. Ini semua penting jika pages anda dibuat untuk menjana pendapatan melalui pendapatan iklan.

