Sunday, January 13, 2013

Shiro atau suara Jepp? by shahroll




As salam, hello readers...

Kebangkitan industri hiburan lagi-lagi untuk line komedi tidak dapat dinafikan sejak munculnya Raja Lawak di Astro. Dan kini, Maharaja Lawak Mega pula mengambil peranan tersebut. Ramai artis yang berjaya dalam bidang ini seperti Zizan, Johan, Jambu dan beberapa nama yang telah lahir dari sini yang sama.

Dan sekarang Shiro.

Awal kemunculan SHIRO yang dianggotai oleh Shahrol dan juga Ajak, tidak apa yang best yang aku lihat. Biasa saja persembahan yang dilakukan. Baik dari Raja Lawak sehingga masuk ke dalam Maharaja Lawak Mega. Cuma, kumpulan ini agak bernasib baik kerana adanya Shahrol yang dikatakan mempunyai suara yang mirip Jepp dari Sepahtu.

Mirip? Apa kaitan?

Dengan "memiliki" aura dari kumpulan lain, SHIRO seakan-akan melangkah dengan mudah dalam line komedi ini. Walaupun begitu, jika tidak bagus kumpulan ini, masakan boleh menang dalam segmen Raja Lawak kan?

Cuma hentikan perbandingan suara tu. Aku rasa Sharol pun "lemas" dengan situasi tersebut. Kepada fans SHIRO, aku minta maaf pasal entry ini kalau ada yang terasa k? All the best for SHIRO! =)

enjoy!



layan~

picture: Google

No comments: