Monday, November 05, 2012

(promotion) All You Can Eat!! at Tung Yuen restaurant, Hotel Blue Wave Shah Alam by shahroll




As salam, hello readers...

Ini adalah sambungan entry dari post sesi cuba rasa media/bloggers di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Masih tidak terlewat lagi untuk aku review apa yang sudah aku rasa dan makan di Tung Yuen Chinese Restaurant. Sebanyak 9 hidangan yang telah dihidangkan kepada kami. Penggemar claypot dan sizzling pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba dan menikmati hidangan yang lazat ini.

Tetapi aku sempat rasa beberapa menu yang dihidangkan.

Pengalaman luar biasa menjamu selera makan tengahari dan makan malam di hotel bertaraf lima bintang sepanjang Oktober dan November ini tujuh hari seminggu menerusi seleksi menu yang disediakan. 

Penampilan istimewa 14 sajian berbeza Claypot & Sizzling bersama variasi hidangan Dim Sum, Sup, Ayam/Itik, Ikan & Makanan Laut, Sayur-sayuran, Mee dan Nasi serta pencuci mulut.

Jom kita review satu persatu;


Menu #1- Nama agak panjang ye, tapi korang boleh baca namanya kat atas tu. Campuran susu dan butter menambat hati sesiapa saja yang merasai fish fillet ini. Isi ikan nya juga lembut.

Menu #2- Daging yang dimasak secukup rasa dengan sos pedas. Cukup nikmat. Kepingan daging yang lembut menambahkan selera kepada sesiapa saja.

Menu #3- Yang ini agak unik sedikit. Bukan unik apa, kerana sos yang digunapakai dalam masakan ini adalah sos kopi. Pelik? jangan risau, rasa daging kambing ini sangat sedap dan "bau" kambing itu tidak terhinggap di hidung korang

Menu #4- Paling mantap malam itu. Aku rasakan banyak juga ayam yang dah aku habiskan dalam plate ni. Rasa dia memang ummpph!! terbaek dari ladang rasanya. Walaupun nampak macam "simple" je kan, tapi rahsia disebalik masakan ni, chef je yang tahu. HEHE!

penulis sedang test masakan yang dihidangkan bersama food blogger yang lain... Chifan! =D

dekorasi di dalam restoren...
photo credit: Cik Lily Putih blog

Promosi ini tersedia di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 Grand BlueWave Hotel Shah Alam bermula 11.30 pagi hingga 2.30 petang (makan tengahari) / 6.00 petang hingga 10.30 malam (makan malam) 7 hari seminggu pada harga istimewa bagi kategori dewasa dan kanak-kanak. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-5511 8811 sambungan 2616 (Tung Yuen Chinese Restaurant)

Harga: RM55.00++ (Dewasa) RM27.50++ (Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun)

Info tentang Tung Yuen Chinese Restaurant
Tung Yuen Chinese Restaurant terletak di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan hidangan khusus dalam sajian Kantonis dan Szechuan. Ia mendapat pengiktirafan daripada JAKIM untuk sijil pengesahan HALAL dan berupaya menampung kapasiti pengunjung seramai 200 orang pada satu masa. Restoren ini beroperasi mulai jam 11.30 pagi-2.30 petang / 6.00petang-10.30 malam.

Claypot & Sizzling: Chef Patrick Ng, (Chef Masakan Cina)

photo credit: Linoralow blog

4 comments:

Unknown said...

Naik pangkat jadi auditor rasa makanan pulak..bagus bagus bagus

Siti Zulaika Muhamad said...

halal ke?restaurant cina islam?

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Encik Rashid:

eh eh belum lagi tu.. kalau diberi peluang, memang nak sangat jadi auditor makanan kat hotel2 di Malaysia... huhuhu..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

SZM:

Halal. Don't worry because JAKIM endorse that certificate =)