As salam, hello readers...
Setiap perniagaan (usahawan) pasti teruja bila makanan ataupun produk yang mereka hasilkan mendapat perhatian dalam media sosial yang kita lihat hari ini, cukup popular dikalangan warga belia dan tidak ketinggalan juga warga pertengahan. Mereka tidak "perlu" membayar wang pengiklanan pun jika apa yang mereka hasilkan bermutu tinggi.
cantik logo mereka...
Ingat lagi post aku pasal Kebab Turki tu? Dari ayat yang digunakan, memang langsung tak menampakkan macam post yang berbayar (kalau mereka nak bayar lepas ni, Alhamdulillah!) penceritaan yang sederhana tetapi "real" bukan dibuat-buat. Tapi agak berisiko sebenarnya review tanpa "membayar" sebab kalau terkena masa tu Kebab Turki tu tak sedap, tak ke naya business mereka? huhu.
My prinsip senang. Nak advertise ke apa ke, yang penting bermutu. Macam Kebab Turki ni. Jika ada company yang lain jemput aku untuk review (mostly makanan) tak sedap ke ape, terang-terang aku TOLAK duit kau tu dan tak ada lah review nya. Tak kan aku nak MENIPU my readers sebabkan DUIT? kan?
Aku lebih sayangkan pembaca-pembaca yang dah beribu-ribu masuk tengok blog ni, belek dan baca setiap post yang aku buat, THANKS weh! sampaikan blog aku sehingga hari ini, telah pun berjaya menjual tapak sewa iklan ke luar negara. YES! international mean pakai USD lah urusniaga nya. =)
Dah termelalut sebenarnye ni. Mereka (Kebab Turki) komen pasal branch yang mereka ada je. Sebab ada seorang pembaca yang tanya, ada lagi ke cawangan yang lain sebab dia nak cuba makan Kebab yang aku rasa tu. Kat bawah ni cawangan-cawangan yang mereka miliki;
Selain outlet di Summit USJ, Kebab Turki Baba Rafi juga terdapat di:
1. Tesco Mutiara(sebelah the curve)
2. Mines shopping centre (opposite jetty)
3. Central Market (kasturi walk)
4. Tesco extra Shah Alam
5. Universiti Malaya (sebelah student mall)
6. Mydin, Terengganu
7. Inti Nilai
8. Subang Ria food court, Kelana Jaya
9. The Strand, Kota Damansara (opposite Dr.cafe)
10. Plaza Lowyat (coming soon)
Harap membantu kepada mereka yang nak mencubanya k? Kang ada ibu yang mengandung baca post ni, sian anak lam perut tu. HEHE!
enjoy!
2 comments:
sempoi la bro.... kita memang kena kasitau info yang betul pasal rasa makanan yang kita rasa dan makan... huhuhu
Bro Hazman:
ya betul! kalau tak, jangan harap kita nak buat coverage huhhhu~
Post a Comment