Sunday, December 02, 2012

Perniagaan tepi jalan by shahroll




As salam, hello readers...

Bila sebut nak memulakan perniagaan, terpampang di benak fikiran tentang modal yang besar dan punyai sebuah kedai. Ini stigma biasa bagi orang berfikiran yang biasa-biasa. Tetapi kita terlupa, ada kaedah yang lain yang lebih efektif lagi berkesan dalam menarik minat pelanggan berkunjung untuk menikmati menu yang disediakan.

Berniaga guna lori pick-up!

Benda ni dah lama pun. Saja aku nak promote laksa sedap di kawasan seksyen 7 ni. Berdekatan dengan pintu belakang i-City. Lebih tepat, berhadapan dengan pencawang TNB. Aku tengok, memang ramai lepak makan laksa dan cendol kat sini.

Juadah dia simple je. Laksa Utara, Cendol Tapai & Pulut dengan Air. Harga untuk Laksa Utara RM3.50 semangkuk/bungkus. Kuah dia pekat woo!

steady tak? sediakan kerusi dah cukup!

Pemilihan lokasi yang aku boleh katakan strategik kerana di tepi jalan+berdekatan dengan kilang+berdepan dengan deretan kedai. Kalau korang nak tahu, ada 2 lori seperti ini dalam 1 kawasan. Tapi lori ini yang mendapat kunjungan paling ramai. Menu POWER!

Cendol Pulut, antara makanan favorite aku kat lori ni...

Ada satu hari tu masa aku nak makan cendol pulut, aku ternampak beberapa krew penggambaran sibuk-sibuk kat kawasan lori. Aku pelik gak memula, pe kes kan? Ternampak kelibat Roy Azman tengah hafal skrip sebelum penggambaran dimulakan. Oh, ada shooting pulak kat sini. Sambil shooting, sambil tu layan makanan kat sini.

Kawan aku pun ada gak masa tu. Zata Amni Zamri (full name kau!!) HAHA! Aku tak lama kat situ, mungkin kalau Lisa Surihani atau Anzalna aku stay lama sikit kot? HEHE!

enjoy!

No comments: