As salam, hello readers...
Lanjutan dari post yang sebelumnya, inilah "hasil" yang aku dapat bersama Selangorlicious. Walaupun cuaca sekarang agak tak menentu, aku gagahkan jua ke Kelana Jaya (SS5A/9) untuk menghadiri acara makan-makan ni. ALL YOU CAN EAT secara perchuma tak kan tak datang ye dak?
Sedikit lewat, blogger-blogger yang ada dah pun "mencekik" terlebih dahulu, aku secara perlahan-lahan menyapa pegawai Tourism Selangor (aku kenal sebab dorang pakai tshirt logo TS) dan duduk sebelah blogger hot lagi sensasi, Hazman Fadzil.
Tourism Selangor team+ 1 student internship, Syira (tshirt biru)
Dengan suasana sejuk sebab hujan, menambahkan nikmat makan beramai-ramai cam ni. Dalam lebih kurang 15minit lepas borak-borak sebentar bersama pegawai TS Encik Lan (sebelah aku tu) aku pun mula mengambil menu pertama yang menjadi daya tarikan di Restoren Jamal iaitu "Nasi Lemak Kukus Kangkung"
*tekan gambar untuk pembesaran*
Secara ringkasnya, Nasi Lemak Kukus Kangkung seperti nasi lemak yang lain cuma dengan adanya "kangkung" menjadikan hidangan itu unik. Hari tu aku mengambil rendang ayam sebagai tambahan pada nasi lemak tersebut, pujian harus diberikan kerana rendangnya sedap serta pedasnya cukup, berbanding dengan cili merah yang diberikan. Menu tambahan yang lain korang boleh letak ayam goreng & sotong masak merah.
Selain itu, menu yang lain seperti gambaran dibawah;
MEE GORENG MAMAK
NASI AYAM
Ini menu yang kedua aku makan. Sup dia tidak berminyak dan tidak rasa lemak sangat. Cukup rasa. Nasi dia tidak terlalu keras, sedang-sedang lembut. Ayam nya? Lihat gambar diatas pun dah tahu jawapannya kan? SUPERB!
PENANG FRIED KUEH TEOW
MEE REBUS
TAUHU BAKAR
Tauhu Bakar pula menu ketiga untuk hari tersebut. Puas juga makan free tapi larat makan 3 menu saja. Rasa tauhu bakar ni ranggup dan sos yang diletakkan dibelah dalamnya membangkitkan rasa nak dan nak makan lagi dengan hirisan timun dan taugeh yang ada.
Mesti korang rasa agak "pelik" kenapa ada hidangan macam Mamak style, Chinese style dan Malay style? Nama restoren, Restoren Jamal. Mesti ada pertanyaan tu kan? ^__^v
Sebenarnya, konsep jual makanan kat sini cukup sempurna. Pelbagai bangsa dan kaum dapat berkumpul dan menikmati juadah yang disediakan dalam 1 tempat. Ini adalah kerana, di dalam Restoren Jamal menyediakan station/lot kecil untuk peniaga-peniaga berniaga di dalam restoren tersebut. Dengan memasang signboard diatas lot gerai, memudahkan pelanggan untuk memesan makanan kegemaran mereka.
which one your favorite?? Gosshhh!!
Event habis around 11 pagi (according to Dian) tetapi kalau nak lepak-lepak lagi, still boleh. Disebabkan hujan lebat & petir bertalu-talu datang, aku pun stay dulu. Then dah ok sikit baru gerak balik ke Klang.
Sebelum itu...
FOODIE BLOGGERS!!
credit to Food & Frame blog
Kalau korang nak mencuba makanan di Restoren Jamal ini, boleh tengok Google Map yang telah aku sediakan untuk pembaca setia shahrulhairy Dot Com ewwahhh!~ =D
No. 24, Jalan SS5A/9
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Terima kasih tidak terhingga kepada team Selangorlicious dan Tourism Selangor khususnya yang menaja/membelanja para bloggers semua untuk merasa keenakkan makanan di restoren ini. Thanks to Syidah (Event Exec), Encik Lan (HR Dept), Syirah (Intern) dan semua team Tourism Selangor yang sempat aku beramah-mesra. Yang lain-lain juga ya!! =D
enjoy!
4 comments:
i give my VOTE for this post entry TOURISM SELANGOR !!!!
Bro Hazman:
*SALUTE* thx brada! =D
I vote for thee too!
Jard:
thx Jard! =D tak confident leh menang tapi xpe, makanan kat sini mmg best! boleh repeat lagi.. haha
Post a Comment