Monday, July 09, 2012

Mana Sup Kambing sedap? Pelita seksyen 9! by shahroll



As salam, hello readers...


Mencari kedai makan yang sedap-sedap kat Shah Alam sebenarnya tak susah. Dengan banyaknya pilihan yang ada di setiap seksyen ditambah dengan review daripada teman-teman terdekat, jadi senang sikit nak "spot" mana kedai makan yang beri kualiti makanan yang best!


Kali ni bertempat di Pelita, satu restoren mamak yang terkenal kat area Shah Alam, selain Syed Bistro & Hakem.


Menu aku yang aku order simple je, Sup Kambing+Cili potong yang selalu aku mintak sebab setakat makan sup saja, memang lidah aku tak boleh terima. Nak ade pedas-pedas sikit baru layan.

nampak kuah dia yang likat? yummy!!

cili potong adalah wajib untuk aku =D

Daging kambing yang digunakan untuk buat sup ni lembut, lebih enak kalau dia bagi bahagian yang ada lemak-lemak sikit, terangkat! Cukuplah untuk 1 pinggan nasi dengan hidangan 1 mangkuk sup.



Untuk air, minuman "3 layer" menjadi pilihan.


Tertanya tak korang, kenapa aku suka makan kambing ni? Selain ia makanan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w (selawat ke atas baginda) ada beberapa fakta menarik tentang makan daging kambing. Antaranya;

1. Lemak 2.6g
2. Lemak tepu 0.79g
3. Protin 23g
4. Kolestrol 63.8g

B. Mudah dihadam kerana struktur molekul dagingnya yang berbeza.
C. Mengandungi zat besi dan potassium yang rendah.
D. Daging lebih pejal dan lebih "tender" bila dimasak.
E. Kesemua asid amino yang diperlukan ada tanpa sebarang hormon atau bahan kimia.
G. Penggunaan daging kambing ialah 64% daripada jumlah daging merah di dunia.
H. Amalan terbaik ialah makan daging kambing yang berumur 8 bulan ke bawah. (sumber: Google)

enjoy!

7 comments:

hazman aka species1980 said...

Kalau makan sup nie confirm berpeluh aku dibuatnya...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bro Haz:

HAHA! peloh jantan ada keluar ka bro? baru syok woo! huhuhu~..

Mrs Ijam said...

Daging kambing memang bagus sebenarnya, siap ikut apa yang Rasulullah s.a.w suka makan kan? Tapi cara orang arab makan dengan cara orang malaysia makan berbeza, sebab tu orang arab makan daging kambing banyak mana pun susah dapat darah tinggi. Kunci utama, kalau nak makan kambing BANYAKKAN SAYURAN! makan salad sebelum dan selepas makan kambing. Insyaallah dapat lah bantu dari pening kepala lepas makan:)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Mashimaro:

Terima kasih atas komen yang dilontarkan Mashimaro. Info berguna untuk pembaca2 blog di sini =)

terima kasih.

JijieNinie said...

wowwhhhh! sedapnye.... lencun da mulut aku. hahaha! pelita kat masalam ke shahrul?

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Miss Jijie:

Sedap kan? baru tgk gambar tu.. belum masuk kat mulut! hehe.. yup! kat Pelita kat Massalam tu..

dushh.fm said...

Baru aje lepas makan sup kambing.... yummy!