As salam, hello readers...
Mencari kedai makan yang sedap-sedap kat Shah Alam sebenarnya tak susah. Dengan banyaknya pilihan yang ada di setiap seksyen ditambah dengan review daripada teman-teman terdekat, jadi senang sikit nak "spot" mana kedai makan yang beri kualiti makanan yang best!
Kali ni bertempat di Pelita, satu restoren mamak yang terkenal kat area Shah Alam, selain Syed Bistro & Hakem.
Menu aku yang aku order simple je, Sup Kambing+Cili potong yang selalu aku mintak sebab setakat makan sup saja, memang lidah aku tak boleh terima. Nak ade pedas-pedas sikit baru layan.
nampak kuah dia yang likat? yummy!!
cili potong adalah wajib untuk aku =D
Daging kambing yang digunakan untuk buat sup ni lembut, lebih enak kalau dia bagi bahagian yang ada lemak-lemak sikit, terangkat! Cukuplah untuk 1 pinggan nasi dengan hidangan 1 mangkuk sup.
Untuk air, minuman "3 layer" menjadi pilihan.
Tertanya tak korang, kenapa aku suka makan kambing ni? Selain ia makanan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w (selawat ke atas baginda) ada beberapa fakta menarik tentang makan daging kambing. Antaranya;
1. Lemak 2.6g
2. Lemak tepu 0.79g
3. Protin 23g
4. Kolestrol 63.8g
B. Mudah dihadam kerana struktur molekul dagingnya yang berbeza.
C. Mengandungi zat besi dan potassium yang rendah.
D. Daging lebih pejal dan lebih "tender" bila dimasak.
E. Kesemua asid amino yang diperlukan ada tanpa sebarang hormon atau bahan kimia.
G. Penggunaan daging kambing ialah 64% daripada jumlah daging merah di dunia.
H. Amalan terbaik ialah makan daging kambing yang berumur 8 bulan ke bawah. (sumber: Google)
enjoy!



