As salam, hello readers...
Kereta sekarang telah pun menjadi satu kemestian untuk semua orang. Kira barang keperluan lah. Bukan kemahuan. Dengan kereta lah anda pergi ke sana ke mari untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. Kereta juga sering dikaitkan dengan status seseorang, benarkah?
Jika jawapannya tidak, itu tafsiran masing-masing. Bagi aku, kereta memang melambangkan "status" seseorang dari kategori mana orang itu datang.
Contoh senang, orang pakai kereta BMW adalah orang kaya. Berduit. Simple thing. Dan orang yang pakai kereta-kereta jenis lama, 10-20 tahun yang lepas, dikira sebagai orang yang tak berduit atau bahasa biasanya "sengkek"
Kereta admin suatu hari nanti.. Ameen!
HAHA! maaf. Imajinasi agak kuat malam ni. Sekuat rasa kopi yang aku beli dekat 7-Eleven di Mid Valley lepas aku tengok Madagascar 3. Lawak cerita tu. Tak bosan. Sesuai untuk kanak-kanak. Ok, bagaimana pula kalau aku katakan, ada kereta khas untuk BLOGGER? PENGAMAL MEDIA BARU?
Sudah semestinya ADA!
Kereta seorang blogger/pengamal media baru dilengkapi dengan kelajuan internet bertaraf tinggi sehingga mencapai 20Gb upload speed dan unlimited download. Tak cukup dengan itu, dilengkapi pula dengan 32' inci LED dari jenama LG untuk pencarian jalan (Google Map daa..)
Lagi?
2 biji laptop, kiri dan kanan di seat belakang memantapkan lagi kerja-kerja seorang bloggers bertaraf international. Ini perlu kerana, jika 1 biji laptop rosak ataupun "hang", maka pem-blogger no.2 akan memainkan peranan mengawal blog/Fan pages Facebook untuk menjawab segala komen-komen yang dilontarkan oleh peminat-peminat mereka.
Lebih selesa lagi, seorang blogger professional dibayar mengikut ranking blog mereka kendalikan. Let say blog yang mereka kendalikan berada di rank Page Rank 3 (Google) maka bayaran yang selayaknya diterima adalah USD30,000 atau lebih. Sesuai dengan tahap kecekapan (PTK) bagi seorang blogger.
Lagi?
Dah tak de lagi. Aku merepek tahap super saiya dah ni. Nak tengok kereta yang aku maksud kan tu? Jenis apa aku tak tahu lah sebab aku jumpa gambar ni dalam internet. HAHA! Layan...
taadaaaaa!!! HUHHU!! serius best dow!
Harap orang buat kereta jenis macam ni punya spec ye?
enjoy!
Harap orang buat kereta jenis macam ni punya spec ye?
enjoy!
4 comments:
skarang ni kat Malaysia takde lagi yang guna 20GB speed.. yang ada, 20Mbps.. hehehe. mungkin typo tu kut.. =)
dasyat tul keinginan bro nih.. heheheee.. canngih!
Bro Kid:
hehehe bukan typo tu, mmg aku nak.. hahhaa~ mmg dasyat, tp nothing is impossible.. huhuhhu~
ahaaaa.. memang best kalau macam tu... giler laju.. hik3
Post a Comment